Powered By Blogger

Friday, June 11, 2010

apa itu dayus? dan apa pembalasannya terhadap lelaki dayus?

Dalam tajuk ini saya sebagai penulis ingin menekankan disni bahawa Allah dan Rasulullah berpesan supaya tidak termasuk golongan yang tidak diredhaiNya ke syurga, salah satu penyakit masayarakat kita di negara ini khususnya kepada kaum lelaki iaitu penyakit yang digelar "dayus". Dayus adalah satu penyakit yang amat tidak dipedulikan orang awam yang beragama "islam" khasnya!. Dayus dalam kata erti lain pula dan maksudnya adalah lelaki yang membiarkan anak perempuannya, saudara perempuannya, isterinya atau ahli keluarganya berkecimpung dalam hal di luar rumah, dan tidak mengambil berat akan hubungan sosialis keluarga mereka semasa di luar kawalan. Sama ada keluarga mereka bergaul bebas? bercampur lelaki dan perempuan yang tanpa mahramnya? atau bermacam lagi perkara yang akan berlaku lagi?  jadi disini ingin tekankan sekali lagi bahawa lelaki-lelaki di luar sana harap dapat cegah daripada penyakit yang bergelar dayus ini.


pertama sekali saya hendak bawakan salah satu hadis Rasulullah mengenai lelaki dayus,  





Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )




Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )




Ini jelas bahawa penyakit dayus ini bukan perkara kecil yang kita anggapnya selama ini, malah penyakit dayus juga lah yang menyebabkan pelbagai faktor utama kerosakan akhlak dan akidah islam di zaman moden ini.


Tanpa didikan berlandaskan al-quran dan sunnah seorang yang bergelar "Ayah" kepada seluruh keluarga, maka lihatlah apa yang terjadi kepada seluruh keluarga kita? di lembah kemaksiatan? sedang pula nasib kita yang membiarkan tanggungjawab kita sebagai seorang "Ayah"?






Penerangan Ulama' mengenai lelaki dayus:



Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.


Dalil penyakit dayus adalah berdosa besar :

1. Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :


لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

walaupun ia bukan lah satu fatwa yang besar, tetapi para ulama' amat tegas dalam hal lelaki dayus ini. 

ini pula Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-


الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )



Dan demikian lah rupa dalil-dalil yang ringkas telah di kemukakan oleh penulis mengenai lelaki dayus dan pembalasannya di akhirat kelak sekiranya ia masih belum bertaubat, ini ada hadis menyatakan bahawa Nabi bersabda:


"Sesiapa yang bertaubat kepada Allah, sebelum rohnya berada di halkum maka Allah menerima taubatnya"  -HR. Tirmizi, Ahmad Sahihul Jami' 6132




jadi ini lah bukti bahwa ALlah masih menyayangi hambanya yang mahu kembali ke pangkal jalan, maka tidak rugi akan seseorang itu yang balik kepada al-quran dan assunnah. 




MEMILIH PASANGAN YANG SOLEHAH ADALAH DIURUH DALAM AGAMA ISLAM:


Nabi berpesan di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Anas bin malik R.A bersabda: 


"Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki." (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani)


juga hadis lainnya adalah seperti, 


 حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ إِسْحَاقَ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ مُبَارَكٍ عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ عَنْ صَفْوَانَ بْنِ سُلَيْمٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مِنْ يُمْنِ الْمَرْأَةِ تَيْسِيرَ خِطْبَتِهَا وَتَيْسِيرَ صَدَاقِهَا وَتَيْسِيرَ رَحِمِهَا

Telah menceritakan kepada kami 
Ibrahim bin Ishaq berkata; Telah menceritakan kepada kami Ibnu Mubarak dari Usamah bin Zaid dari Shafwan bin Sulaim dari Urwah dari Aisyah bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya di antara kebaikan seorang wanita adalah mudah dipinang, mudah maharnya, dan mudah rahimnya." (Ahmad)

Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Ahmad (VI/77, 91), Ibnu Hibban (no. 1256 al-Mawaarid) dan al-Hakim (II/181). Hadits ini dihasankan oleh Syaikh al-Albani rahimahullaah dalam Irwaa-ul Ghaliil (VI/350).



hadis di atas memperlihatkan bahawa pilih lah wanita yang baik akhlaknya dan agamanya disisi Allah Azza Wa Jalla.


Allah Subhanallah Taala juga berfirma di dalam al-quran iaitu :  


لْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
Wanita-wanita yang jahat adalah untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat; dan (sebaliknya) wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. [al-Nur 24:26]


maka sekiranya hendakkan isteri yang solehah adalah dengan cara menjaga akhlak diri dan juga mendekatkan diri kepada Allah Azza Wa Jalla.. 






Akhir kata daripada penulis tentang ulasan yang ringkas ini, kita dalam hidup mesti mementingkan hubungan se islam, islam tidak menyuruh kita mementingkan diri sendiri hingga termasuk di dalam golongan lelaki dayus..  


sudah jelas lagi bahwa hal ini bukan perkara yang kecil, walaupun! ia nampak seperti kecil tetapi kepada orang yang beriman dosa-dosa seperti ini bagaikan "batu yang besar di atas gunung yang mahu menghempap kepala, dan kepada yang fasik hanya menganggap lalat yang kecil hinggap di bahu sahaja" 


pelihara lah keluarga, dan pertahankanlah.. pertahankan keluarga salah satu jihad dalam islam 





Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

wallhualam.





penulis: GPS

No comments:

Post a Comment