Powered By Blogger

Monday, June 14, 2010

Solat tiang agama, hukum meninggalkan solat? (bagi muslim)

Segala puji hanya bagi Allah. Kita memujiNya, kita memohon keampunan dan pertolongan dariNya. Kita minta perlindungan dari Allah Azza wa Jalla, dari kejahatan amalan-amalan buruk dan hawa nafsu kita. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan olehNya, maka tidak ada yang dapat memberi petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba dan pesuruhNya.


Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitab Allah (al-quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW. Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang di ada-adakan dalam agama, seburuk perkara yang di ada-adakan dalam agama adalah bid'ah, dan setiap yang bid'ah adalah sesat, dan setiap yang sesat adalah di dalam api neraka.

amma ba'du.

salam, Penulis pada mulanya ingin menekankan tajuk ulasan iaitu mengenai Solat tiang agama dan hukum bagi yang meninggalkannya hanya bagi saudara islam. Seperti yang diketahui umum, solat bermula apabila hidayah Allah azza wa jalla sudah turun kepada seseorang individu yang dikehendaki. Maka sesiapa yang terima hidayah Allah pasti tidak akan sesiapa dapat memesongkannya lagi. Pada masa sekarang yang moden dari segi teknologi pembangunannya, pendidikannya, politiknya, tamadunnya dan sebagainya. Tetapi akidah islam pada zaman maju seperti sekarang ini nampak seperti "pudar" dan tiada lagi usaha pihak-pihak yang berperanan untuk menanamkan akidah islam yang benar pada jiwa setiap manusia di muka bumi ini, lagi-lagi negara yang bergelar "islam", islamnya nampak pada masjid, bangunan, dan bajunya. Tetapi mana pergi islam pada jiwanya? ini lah permasalahan yang timbul menjadi satu isu yang harus ditegaskan oleh semua yang berperanan, khasnya ingin membangkitkan isu meninggalkan solat, sesungguhnya solat adalah tiang agama. Ini ada menyebut dalam hadis Rasulullah SAW .


Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal , Nabi sollallahu ‘alaihi wassalam bersabda:


رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ


”Kepala segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat.”  (HR. at-Tirmizi no. 2825. Disahihkan oleh Shaikh Al-Albani dalam Sahih wa Dhaif Sunan At Tirmizi)

hadis lainnya lagi,

Daripada Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wassalam bersabda:


بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

“(Pembatas) di antara seorang muslim dan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat.” (HR. Muslim no. 257)

juga firman Allah Taala,


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ


“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.” (Al Hujurat : 10)

ayat-ayat di atas dalil bahawa solat itu adalah tiang agama islam, jika solatnya runtuh maka runtuhlah agama baginya.

Para ulama’ bersepakat bahawa orang yang meninggalkan solat dengan mengingkari kewajipannya, dia telah murtad dan kafir.  Akan tetapi para ulama’ tetap bersepakat meninggalkan solat adalah dosa yang besar.
pendapat Ulama' tentang sengaja meninggalkan solat

Pendapat pertama: Orang yang meninggalkan solat wajib dibunuh kerana telah murtad. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad, Sa’id bin Jubair, ‘Amir asy-Sya’bi, Ibrahim an-Nakhai, Abu ‘Amr,  al-Auzai’e, Ayyub al-Sakhtiyani, Abdullah Ibn al-Mubarak, Ishak bin Rahawiah, Abdul Malik Bin Habib (ulama’ mazhab Malik), sebahagian pendapat ulama’ mazhab Syafie. Di kalangan sahabat pula pendapat ini dipegang oleh Umar al-Khattab, Muaz Bin Jabal, Abdurrahman Bin Auf dan lain-lain.

Pendapat kedua : Orang yang meninggalkan solat dibunuh dengan hukuman had, akan tetapi tidak dihukum sebagai kafir. Ini merupakan pendapat Imam Malik, Imam asy-Syafie, dan salah satu pendapat Imam Ahmad.

Pendapat ketiga: Orang yang meninggalkan solat kerana malas adalah fasiq (pelaku dosa besar) dan dia wajib dipenjara sehingga dia mahu menunaikan solat. Ini merupakan pendapat mazhab Hanafi.



Dalil-dalil Al-Quran tentang orang yang meninggalkan solat.

1)      Allah Ta’ala berfirman:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا

“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan solat dan mengiut hawa nafsu. Mereka akan menemui al-ghoyya, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.” (Maryam : 59-60)


Ibnu Mas’ud radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa ‘ghoyya’ dalam ayat tersebut adalah sungai di neraka Jahanam yang makanannya sangat menjijikkan dan tempatnya sangat dalam.  (As-Solah, hal. 31)

Di dalam ayat ini, Allah menjadikan tempat ini –iaitu sungai di Jahannam- sebagai tempat bagi orang yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsu. Seandainya orang yang meninggalkan solat adalah orang yang hanya melakukan maksiat biasa, tentu dia akan berada di neraka paling atas, sebagaimana tempat orang muslim yang berdosa. Tempat ini (ghoyya) merupakan bahagian neraka yang paling bawah. Ia bukanlah tempat orang mukmin, sebaliknya tempat bagi orang kafir.

2)      Dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ

“Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka) adalah saudara-saudaramu seagama.” (At Taubah: 11).

Para Sahabat Berijma’ (Bersepakat), Meninggalkan Solat adalah Kafir

Umar radiallahu ‘anhu menyatakan:

لاَ إِسْلاَمَ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ


”Tidak ada Islam bagi orang yang meninggalkan solat.”

Daripada jalan yang lain, beliau berkata:

ولاَحَظَّ فِي الاِسْلاَمِ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ

“Tidak ada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.” (Dikeluarkan oleh Malik. Sa’ad di dalam At-Thabaqat, Ibnu Abi Syaibah di dalam Al Iman,  Ad-Daruquthni di dalam sunannya,dan Ibn Asakir. Hadis ini sahih, sebagaimana dikatakan oleh Shaikh Al Albani dalam Irwa’ al-Gholil no. 209)

Ketika Umar menyebutkan perkataan di atas,beliau sedang menghadapi sakaratul maut, tiada seorang sahabat pun yang mengingkarinya. Oleh kerana itu, hukum bahawa meninggalkan solat adalah kafir termasuk ijma’ (kesepakatan) sahabat sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn al-Qayyim dalam kitab As-Solah.

Kebanyakan sahabat Nabi menganggap bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah kafir sebagaimana dikatakan oleh seorang tabi’in, Abdullah bin Syaqiq. Beliau menyatakan:

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَرَوْنَ شَيْئًا مِنَ الأَعْمَالِ تَرْكُهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاَةِ

“Dahulu para sahabat Muhammad sollallahu ‘alaihi wassalam tidak pernah melihat suatu amal yang apabila ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali solat.” (Perkataan ini diriwayatkan oleh At-Tirmizi daripada Abdullah bin Syaqiq Al ‘Aqli seorang tabi’in dan al-Hakim menyatakan bahawa hadis ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadis ini adalah sahih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52.)

juga ulama' bernama Al-Imam Ibn al-Qayyim mengatakan, ”Tidakkah seseorang itu malu dengan mengingkari pendapat bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir, padahal hal ini telah disaksikan oleh Al Kitab (Al Qur’an), As Sunnah dan kesepakatan sahabat. Wallahul Muwaffiq (Hanya Allah-lah yang dapat memberi taufik).”




As-Sholah, hal. 56

sahabat dan ulama' mujtahid menyokong "ijma'" bahawa Solat adalah tiang agama dan perkara amalan utama dalam islam yang wajib diamalkan oleh semua orang yang bergelar islam . Maka dengan ini kita yang beragama islam harus wajib mengutamakan solat, kerana solat adalah tiang agama, jikalau solat kita rusak, agama kita pun turut sama rusak dan runtuh keseluruhannya. Saya menyeru kepada semua ibu bapa supaya jaga lah anak-anak yang masih kecil didik bersolat dan ajarkan islam itu dengan keseluruhannya, bukan utamakan solat sahaja tanpa persiapkan akidah sahih yang di ajarkan Nabi kepada para sahabat terdahulu, kemudian diturunkan wahyunya hinggalah sekarang. 

Sesungguhnya perkara amalan yang paling utama adalah "solat"

"sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum nyawanya sampai ke liang lahad, maka Allah menerima taubatnya "   (HR. Ahmad dan Tarmizi. dalam kitab Sahihul Jami' 6132)

wahallhualam.

No comments:

Post a Comment