Assalamualaikum,
Innal hamdulillah, nahmaduhu wa nasta’eenuhu wa nastaghfiruh, na’udhu billahe min shurure anfusinaa wa sayyi’aate A’maalena:
Man yahdihillah, fahuwal muhtad,
Wa man yudhlil fa lan tajida lahu waliyyan murshidaa,
Wa ash-hadu an laa ilaaha illah wahdahu laa sharika lah,
Wa ash-hadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh,Allahumma sale ala Muhammaden wa aale Muhammad wa sallama tasleeman kathira.
amma ba'du,
Di dalam tajuk ini penulis ingin mengemukakan dalil-dalil kuat yang mengatakan Allah itu di langit berdasarkan kepada nas al-quran dan al-hadis, disini juga akan menukil kata-kata imam salafussoleh terdahulu mengenai iqtikad-iqtikad mereka dalam bab kedudukan Allah subhanallah Taala, dengan ini penulis memulakan dengan satu hadis yang populer di kalangan ulama' ahlul sunnah serata dunia.
hadis 1
Hadis daripada Mu'awiyah bin Al-Hakam As-Salami menceritakan ketika
beliau hendak membebaskan (Jariah) hamba perempuannya, maka beliau bertanya
kepada Rasulullah s.a.w. kemudian baginda (Nabi s.a.w) menyuruh agar hamba
tersebut dipanggil lalu baginda bersabda:[1]
دٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ الْحَجَّاجِ الصَّوَّافِ حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ هِلَالِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ الْحَكَمِ السُّلَمِيِّ قَالَ
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ جَارِيَةٌ لِي صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ أَفَلَا أُعْتِقُهَا قَالَ ائْتِنِي بِهَا قَالَ فَجِئْتُ بِهَا قَالَ أَيْنَ اللَّهُ قَالَتْ فِي السَّمَاءِ قَالَ مَنْ أَنَا قَالَتْ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ الشَّرِيدِ أَنَّ أُمَّهُ أَوْصَتْهُ أَنْ يَعْتِقَ عَنْهَا رَقَبَةً مُؤْمِنَةً فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي أَوْصَتْ أَنْ أُعْتِقَ عَنْهَا رَقَبَةً مُؤْمِنَةً وَعِنْدِي جَارِيَةٌ سَوْدَاءُ نُوبِيَّةٌ فَذَكَرَ نَحْوَهُ قَالَ أَبُو دَاوُد خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَرْسَلَهُ لَمْ يَذْكُرْ الشَّرِيدَ

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Al Hajjaj Ash Shawwaf telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abu Katsir, dari Hilal bin Abu Maimunah dari 'Atha` bin Yasar dari Mu'awiyah bin Al Hakam As Sulami, ia berkata; aku katakan; wahai Rasulullah, terdapat seorang budak wanita yang telah aku pukul dengan keras. Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menganggap hal tersebut sesuatu yang besar terhadap diriku, lalu aku katakan; tidakkah saya memerdekakannya? Beliau berkata: "Bawa dia kepadaku!" Kemudian aku membawanya kepada beliau. Beliau bertanya: "Dimanakah Allah?" Budak wanita tersebut berkata; di langit. Beliau berkata: "Siapakah aku?" Budak tersebut berkata; engkau adalah Rasulullah."Beliau berkata; bebaskan dia! Sesungguhnya ia adalah seorang wanita mukmin." Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il, telah menceritakan kepada kami Hammad dari Muhammad bin 'Amr dari Abu Salamah dari Asy Syarid bahwa ibunya telah berwasiat kepadanya agar membebaskan untuknya seorang budak wanita mukmin. Kemudian ia datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata; wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah berwasiat agar saya membebaskan untuknya seorang budak wanita mukmin, dan saya memiliki seorang budak wanita hitam dari Nubiyah… kemudian ia menyebutkan hadits seperti itu. Abu Daud berkata; Khalid bin Abdullah telah memursalkannya dan ia tidak menyebutkan Asy Syarid.
Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua’wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya yaitu Mu’awiyah : Artinya : ”Beliau bertanya kepadanya : ”Di manakah Allah ?. Jawab budak perempuan : ”Di atas langit. Beliau bertanya (lagi) : ”Siapakah Aku ..?. Jawab budak itu : ”Engkau adalah Rasulullah”. Beliau bersabda : ”Merdekakan ia ! .. karena sesungguhnya ia mu’minah (seorang perempuan yang beriman)”.
Nashiruddin al-Albani rahimahullah (1420H) menerusi kitabnya, Silsilah al-Ahadith ash-Shahihah, jld. 1, ms. 11: [2]
Hadis ini disepakati keabsahannya oleh para ulamak Muslimin semenjak zaman dahulu hingga sekarang dan dijadikan hujah oleh imam-imam besar seperti Malik, asy-Syafie, Ahmad dan lainnya. Dan disahihkan oleh Muslim, Abu Awamah, Ibn Jarud, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan orang-orang yang mengikuti mereka dari para pakar dan sebahagian mereka adalah para pentakwil seperti al-Baihaqi, al-Baghawi, Ibn al-Jauzi, adz-Dzahabi, (Ibn Hajar) al-’Asqalani dan lainnya.
di dalam kitab al-imam Adz zahabi iaitu kitab al-‘Uluwl beliau pernah berkata: [3]
وهذا الحديث صحيح بلاريب لا يشك في ذلك إلا جاهل أو معرض من ذوي الأهواء الذين كلما جاءهم نص عن رسول الله يخالف ما هم عليه من الضلال حاولوا الخلاص منه بتأويله بل تعطيله، فإن لم يمكنهم ذلك حاولوا الطعن في ثبوته كهذا الحديث فإنه مع صحة إسناده وتصحيح أئمة الحديث إياه دون خلاف بينهم فيما أعلمه.
Hadis ini sahih dengan tiada keraguan. Tidak ada yang meragukan hal itu kecuali orang jahil atau pengekor hawa nafsu yang setiap kali datang kepada mereka dalil dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyelisihi keyakinan sesat mereka, maka mereka langsung berusaha membebaskan diri darinya dengan mentakwil, bahkan meniadakannya. Dan apabila mereka tidak mampu, maka mereka berupaya untuk mementahkan keabsahannya seperti hadis ini yang sahih sanadnya serta disahihkan oleh seluruh ulamak hadis tanpa ada perselisihan pendapat di kalangan mereka sepanjang pengetahuan saya.
Jika diandaikan jawapan wanita tersebut adalah satu kesalahan di sisi ajaran Islam maka sudah pasti sahaja baginda shallallahu ‘alaihi wasallam akan segera menegurnya lalu memperbetulkan jawapan tersebut. Lebih-lebih lagi ianya bersangkutan dengan persoalan akidah, iaitu persoalan yang menentukan beriman atau kufurnya seseorang kepada risalah ketuhanan yang dibawa oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.
Dalam memberi komentarnya ke atas hadis di atas, al-Imam adz-Dzahabi (748H) rahimahullah berkata:[4]
وهكذا رأينا كل من يسأل: أيْن الله ؟ يبادر بفطرته ويقول: في السماء. ففيْ الْخبر مسألتان: إحداهما: مشروْعية قول الْمسْلم أيْن الله؟ وثانيها: قول المَسؤول: في السماء. فمن أنكر هاتين المسألتين فإنما ينكر على المصطفى.
Demikian kita melihat setiap orang yang ditanya: Di mana Allah? Nescaya dia akan menjawab dengan fitrahnya: Allah di atas langit. Dalam hadis ini terdapat dua masalah: Pertama, disyariatkannya pertanyaan kepada seorang muslim: Di mana Allah? Kedua, jawapan orang yang ditanya pertanyaan tersebut: Di atas langit. Barangsiapa yang mengingkari dua masalah ini, maka bererti dia mengingkari al-Musthafa (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam).
Sehubungan dengan hal ini, al-Imam ‘Utsman bin Sa’id ad-Darimi rahimahullah (280H) menyebut:[5]
Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa seorang apabila tidak mengetahui kalau Allah itu di atas langit bukan di bumi, maka dia bukan seorang mukmin. Apakah anda tidak tahu bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjadikan tanda keimanan budak wanita tersebut adalah pengetahuannya bahawa Allah di atas langit?!.
Tidak ketinggalan dalam memberi ulasan terhadap hadis di atas ialah Ibn ‘Abdil Barr rahimahullah (463H) di mana beliau menyebut:[6]
Dan terhadap hadis budak hamba: Di manakah Allah?, maka (menjadi pegangan) atasnya oleh jama’ah Ahl al-Sunnah dan mereka adalah juga Ahl al-Hadis, dan seluruh perawi yang memahaminya, mereka semua berkata sebagaimana firman Allah dalam kitab-Nya: Al-Rahman beristiwa’ di atas ‘Arasy bahawa sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla dan ilmu-Nya pada setiap tempat.
Hadis 2
Dari Abu Hurairah radhiallahu‘anh bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:[7]
يَنْزِلُ رُبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَىَ السَّمَاءِ الدُّنْيَا. حِينَ يَبْقَىَ ثُلُثُ اللَّيْلِ الاَخَرُ، فَيَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ، وَمَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ وَمَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرُلَهُ.
Rabb (Tuhan) kami Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap malam iaitu ketika sepertiga malam terakhir. Maka Dia (Allah) berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.
Berhubung dengan hadis di atas, al-Imam ‘Utsman bin Sa’id ad-Darimi rahimahullah (280H) berkata:[8]
Hadis ini sangat pahit bagi kelompok al-Jahmiyyah dan mematahkan fahaman mereka bahawa Allah tidak di atas ‘Arasy tetapi di bumi sebagaimana Dia juga di langit. Lantas bagaimanakah Allah turun ke bumi kalau memang Dia sendiri sudah (berada) di atas bumi?!! Sungguh lafaz hadis ini membantah fahaman mereka dan (sekaligus telah) mematahkan hujah mereka.
Berikut ini sahaja yang dapat dinukilkan kata-kata imam terdahulu ahlul sunnah.
Para Salafus Soleh tidak pernah pun mentakwil ataupun menukar (tahrif) makna hadis ini. Hadis ini juga menunjukkan tidak salah jika berkata Allah itu di atas langit karena Allah itu di atas 'Arasy dan 'Arasy itu adalah di atas langit. Sebagaimana Firman Allah:
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Tuhan yang Maha Pemurah beristiwa di atas 'Arasy. [QS. Taha: 5]
ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ
Kemudian Dia beritiwa ke arah langit dan langit itu masih merupakan asap. [QS. Fushsilat: 11]
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Allah, Dialah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia beristiwa di atas 'Arasy. [QS al-Sajdah: 4]
Apakah yang dimaksudkan dengan "Istiwa"? Istiwa (استوى) bermaksud tinggi di langit (ارتفع إلى السماء). Ini sebagaimana pendapat yang dikuatkan oleh Ibn Jarir Radhiyallahu 'anhum dalam Tafsir At-Tobari. Setelah itu Ibn Jarir Radhiyallahu 'anhum menyebut: "Makna yang paling benar tentang firman Allah (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ) adalah tinggi di atas langit dan meninggi, kemudian Ia mengatur langit dengan kekuasaan-Nya dan menciptakannya menjadi tujuh langit."
juga di dalam ayat al-quran lainnya
1. "Dan Firaun pula berkata: "Hai Hamaan! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya) -"(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan"
[surah al-mu'minin ayat 36-37]
2. Dan (ingatlah), Allah jualah Tuhan yang berhak disembah di langit, dan Dialah Tuhan yang berhak disembah di bumi dan Dialah jua Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. [surah az-zukhruf ayat 84]
al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (751H) dalam kitabnya, Ijtima’ al-Juyusy al-Islamiyyah ‘ala Ghazwil Mu’aththilah wa al-Jahmiyyah (tahqiq: Basyir Muhammad ‘Uyun), ms. 122 menukil perkataan al-Imam asy-Syafie rahimahullah, dia berkata:[9]
أَنَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ فِيْ سَمَائِهِ يَقْرُبُ مِنْ خَلْقِهِ كَيْفَ شَاءَ وَيَنْزِلُ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا كَيْفَ شَاءَ.
Bahawasanya Allah ‘Azza wa Jalla di atas ‘Arasy-Nya di langit-Nya, lalu mendekat kepada makhluk-Nya menurut sebagaimana yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah turun ke langit dunia menurut bagaimana yang Dia kehendaki.
Syaikh Abu Osthman Ismail bin Abdur Rahman ash-Shobuni rahimahullah (449H):[10]
Ahl al-Hadis menetapkan tentang turun-Nya Allah Subhanahu wa Ta’ala (pada) setiap malam ke langit dunia tanpa menyamakan dan menyerupai turun-Nya dengan turunnya makhluk-Nya dan tanpa mempersoalkan bagaimana (cara) Dia turun. Bahkan mereka menyatakannya sepertimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak melebihinya. Mereka melalui khabar yang sahih yang menyebutnya secara zahirnya sahaja (asalnya) dan menyerahkan ilmu tentang bagaimana turun-Nya kepada Allah.
Beliau juga menjelaskan: [11]
Kami beriman dengan yang demikian semuanya berdasarkan apa yang telah ada tanpa mempersoalkan bagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala itu turun. Sekiranya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkehendaki untuk menerangkan kepada kita tentang bagaimana Dia turun, sudah tentu Dia akan melakukannya. Maka sudah cukup buat kami dengan apa yang telah ditetapkan-Nya dan kami menahan diri kami daripada termasuk (dalam kalangan) mereka yang suka mempersoalkan
(atau mendebatkan) perkara-perkara yang mutasyabih (di antaranya tentang ilmu bagaimana sifat-sifat Allah) kerana kami telah diperintahkan-Nya supaya tidak mempersoalkannya, melalui firman-Nya:
Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur`an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat , itulah pokok-pokok isi Al qur`an dan yang lain (ayat-ayat) mu-tasyaabihaat . Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta`wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta`wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.
Ringkasnya Ahl al-Sunnah menetapkan tentang turunnya Allah Subhanahu wa Ta’ala ke langit dunia setiap malam sebagaimana mereka menetapkan seluruh sifat-sifat
Allah yang terdapat dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Oleh kerana itu, orang-orang shalih sentiasa mencari waktu yang mulia ini untuk mendapatkan kurnia Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rahmat-Nya, mereka melaksanakan ibadah kepada Allah dengan kusyuk, memohon ampun kepada-Nya dan memohon kebaikan di dunia dan akhirat. Mereka menggabungkan antara khauf (rasa takut) dan raja’ (rasa harap) dalam beribadah kepada-Nya. [12]
Apa pula dikatakan istiwa'?
Apakah yang dimaksudkan dengan "Istiwa"? Istiwa (استوى) bermaksud tinggi di langit (ارتفع إلى السماء). Ini sebagaimana pendapat yang dikuatkan oleh Ibn Jarir Radhiyallahu 'anhum dalam Tafsir At-Tobari. Setelah itu Ibn Jarir Radhiyallahu 'anhum menyebut: "Makna yang paling benar tentang firman Allah (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ) adalah tinggi di atas langit dan meninggi, kemudian Ia mengatur langit dengan kekuasaan-Nya dan menciptakannya menjadi tujuh langit."
Berkata Ibn Kathir Rahimahullah:[13]
وأما قوله تعالى: { ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ } فللناس في هذا المقام مقالات كثيرة جدا، ليس هذا موضع بسطها، وإنما يُسلك في هذا المقام مذهب السلف الصالح: مالك، والأوزاعي، والثوري،والليث بن سعد، والشافعي، وأحمد بن حنبل، وإسحاق بن راهويه وغيرهم، من أئمة المسلمين قديما وحديثا، وهو إمرارها كما جاءت من غير تكييف ولا تشبيه ولا تعطيل. ...
“Dan adapun FirmanNya Ta’ala: (ثم استوى على العرش) maka bagi manusia pada masalah ini pendapat yang banyak dan bukanlah di sini tempat membahasnya dan sesungguhnya hendaklah diikuti dalam masalah ini mazhab Salaf As-Soleh: Malik, Auza’i, As-Tsaury, Al-Laith bin Saad, Asy-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuwaih, dan selainnya daripada imam-imam muslimin dahulu dan sekarang yaitu melalukannya seperti mana datangnya tanpa takyif (memberi rupa), dan tidak pula tsaybih (penyerupaan), dan tidak pula ta’thil (membatalkan sifat)....”
Ibn 'Abd al-Barr menjelaskan tentang hadis ini:[14]
وأما قوله في هذا الحديث للجارية: أين الله ؟ فعلى ذلك جماعة أهل السنة وهم أهل الحديث، ورواته المتفقهون فيه، وسائر نقلة، كلهم يقول ما قال الله تعالى في كتابه: ((الرحمن على العرش الستوى)) وأن الله عز وجل في السماء وعلمه في كل مكان.
"Dan adapun hadis jariah: Di manakah Allah? Maka menjadi pegangan atasnya oleh jamaah ahli sunnah dan mereka mereka adalah juga ahli hadis dan seluruh perawi yang memahaminya, mereka semua berkata sebagaimana firman Allah dalam kitabnya: "al-Rahman Bersemayam di atas 'Arasy." Dan bahawa sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla di langit dan Ilmunya pada setiap tempat.
KATA-KATA IMAM 4 MAZHAB
1. IMAM ABU HANIFAH
Imam Abu Hanifah berkata: “Tidak patut bagi seseorang untuk mengatakan sesuatu tentang Zat Allah kecuali kepada diriNya, dan tidak boleh seseorang mengatakan sesuatu tentang Allah dengan pendapat (ra’yu)nya. Maha Suci serta Maha Tinggi Allah Ta’ala, Rabb semesta Alam.” [15
Ketika Imam Abu Hanifah ditanya tentang nuzulul Ilah (turunnya Allah), ia menjawab: “Ia turun dengan tidak kita menanyakan bagaimana (kaifiatnya) caranya.” [16
Imam Abu Hanifah berkata lagi: Barangsiapa yang berkata: “Aku tidak tahu Rabbku, di langit atau di bumi?” bererti ia kafir. Begitu juga seseorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa Allah itu di atas ‘Arasy, tetapi aku tidak tahu adakah ‘Arasy itu di langit atau di bumi. [17
Imam Abu Hanifah berkata kepada seseorang wanita yang bertanya:
“Dimanakah Ilahmu yang engkau sembah itu?” Ia menjawab: “Sesungguhnya Allah itu ada di langit bukan di bumi.” Lalu datanglah seorang pemuda mengajukan pertanyaan: “Bagaimana dengan ayat: وهو معكم اين ما كنتم? “Dia bersama kamu dimana kamu berada.” (QS. al-Hadid: 4).
Imam Abu Hanifah menjawab: “Dia seperti engkau menulis surat kepada seorang lelaki dengan mengatakan, sesungguhnya aku selalu bersamamu, padahal engkau tidak ada di sampingnya.” [18]

2. IMAM MALIK BIN ANAS
Abu Nu ’aim mentakhrijkan dari Ja’far bin Abdillah berkata: “Ketika kami sedang berada di samping Malik bin Anas, datanglah seorang pemuda lalu bertanya:
“Wahai Abu Abdillah, Ar-Rahman (Allah yang Maha Pengasih) bersemayam di atas ‘Arasy bagaimana bersemayamNya?” Mendengar pertanyaan ini, Imam Malik menjadi berang dan marah. Lalu ia menundukkan muka ke bumi seraya menyandarkannya ke tongkat yang dipegangnya hingga tubuhnya bersimbah peluh. Setelah ia mengangkat kepalanya, ia lantas berkata: “Cara bersemayamNya tidak diketahui (tidak dapat digambarkan), sedang istiwanya (bersemayamnya) telah jelas dan diketahui, beriman kepadanya adalah wajib, dan bertanya tentangnya adalah bid’ah. Aku menyangka engkau adalah si pelaku bid’ah.” Lalu beliau menyuruh orang itu keluar. [19]

IMAM MUHAMMAD IDRIS AS-SYAFI’I
Imam Syafi’i Rahimahullah berkata: “Allah Tabaraka wa Taala memiliki asma’ (nama-nama) dan sifat-sifat yang telah disebutkan oleh KitabNya dan diberitakan oleh NabiNya Shalallahu 'alaihi wassalam. kepada umatnya, yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun dari makhluk Allah Subhanallahu wa Ta'ala. yang telah sampai kepadanya dalil bahawa al-Quran turun membawa keterangan tentang hal tersebut, juga sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wassalam. yang diriwayatkan oleh perawi yang adil dan tsiqah telah jelas-jelas sahih yang menerangkan masalah itu. Maka barangsiapa yang mengingkari atau berbeza dengan semuanya itu padahal hujah (dalil/ keterangan) tersebut telah jelas baginya, bererti ia kafir kepada Allah Subhanallahu wa Ta'ala. Adapun jika ia menentang karena belum mendapat hujah/ keterangan tersebut, maka ia diampuni karena kebodohannya, karena pengetahuan tentang semuanya itu (sifat-sifat Allah dan asma’Nya) tidak dapat dijangkau oleh akal dan pemikiran.
Yang termasuk ke dalam keterangan-keterangan seperti itu adalah juga keterangan-keterangan Allah Subhanallahu wa Ta'ala. bahawa Dia Maha Mendengar dan bahawa Allah itu memiliki tangan sesuai dengan firmanNya: “Bahkan Tangan Allah itu terbuka.” (QS. al-Maidah: 64). Dan bahawa Allah memiliki tangan kanan, sebagaimana dinyatakan: “...Dan langit digulung dengan tangan kananNya.” (QS. az-Zumar: 67) dan bahawa Allah itu memiliki wajah, berdasarkan firmanNya yang menetapkan: “Dan tiap-tiap sesuatu itu pasti binasa, kecuali Wajah Allah...” (QS. Al-Qasas: 88), “Dan kekallah wajah Rabbmu yang mempunyai keagungan dan kemulian.” (QS. Ar-Rahman: 27). Juga bahawa Allah mempunyai tumit, sesuai dengan pernyataan Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam: “Sehingga Rabb Azza wa Jalla meletakkan tumitNya pada Jahannam.” (Riwayat Bukhari, no: 4848 dan Muslim, no: 2848) dan Allah ketawa berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam. tentang orang yang mati fi sabilillah: “Ia akan bertemu dengan Allah Azza wa Jalla sedang Allah tertawa kepadanya....” [20]
Dan bahawa Allah turun ke langit dunia pada setiap malam berdasarkan hadis Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam. tentangnya. Begitu juga keterangan bahawa Allah Subhanallahu wa Ta'ala. itu tidak buta sebelah mataNya berdasarkan pernyataan Nabi Shalallahu 'alaihi wassalam. ketika baginda menyebut dajjal, baginda bersabda: “Dajjal itu buta sebelah matanya, dan sesungguhnya Rabbmu tidaklah buta (sebelah mataNya).”[21]
Dan bahawa orang-orang mukmin pasti akan melihat Rabb mereka pada hari kiamat dengan pandangan mata mereka seperti halnya mereka melihat bulan di malam purnama, juga bahawa Allah Subhanallahu wa Ta'ala. mempunyai jari-jemari seperti ditetapkan oleh sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wassalam: “Tidaklah ada satu jari pun melainkan ia berada di antara dua jari dari jari-jari ar-Rahman Azza wa Jalla.” [22]
Semua sifat-sifat ini yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanallahu wa Ta'ala. sendiri bagi diriNya dan oleh Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam. untukNya, hakikatnya tidaklah dapat dijangkau oleh akal atau fikiran dan orang yang mengingkarinya karena bodoh (tidak mengetahui keterangan-keterangan tentangnya) tidaklah kafir kecuali jika ia mengetahuinya tetapi ia mengingkarinya, barulah ia kafir. Dan bilamana yang datang tersebut merupakan berita yang kedudukannya dalam pemahaman seperti sesuatu yang disaksikan dalam apa yang didengar, maka wajib baginya sebagai orang yang mendengar berita tersebut untuk mengimani dan tunduk kepada hakikat hal tersebut dan mempersaksikan atasnya seperti halnya ia melihat dan mendengar dari Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam.
Namun kita tetapkan sifat-sifat ini dengan menafikan (meniadakan) tasybih sebagaimana Allah telah menafikannya dari diriNya dalam firmanNya: “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. As-Syura: 11). [23]

IMAM AHMAD BIN HANBAL
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah menyebut kata-kata Imam Hanbal: “Kita beriman kepada Allah itu di atas ‘Arasy sesuai dengan kehendaknya tanpa dibatasi dan tanpa disifati dengan sifat yang kepadanya seseorang yang berusaha mensifatinya telah sampai atau dengan batas yang kepadanya seseorang yang membatasinya telah sampai. Sifat-sifat Allah itu (datang) dariNya dan milikNya. Ia mempunyai sifat seperti yang Ia sifatkan untuk diriNya, yang tidak dapat dijangkau oleh pandangan.” [24]
Ibnul Jauzi dalam al-Manaqib menyebutkan tulisan (surat) Imam Ahmad bin Hanbal kepada Musaddad yang di antara isinya ialah: “Sifatilah Allah dengan sifat yang denganNya Ia telah mensifati diriNya dan nafikanlah dari Allah apa-apa yang Ia nafikan dari diriNya. [25]
Di dalam kitab ar-Raddu ‘ala al-jahmiah tulisan Imam Ahmad, ia mengucapkan: “Jahm bin Safwan telah menyangka bahawa orang yang mensifati Allah dengan sifat yang dengannya Ia mensifati diriNya dalam kitabNya, atau dengan yang disebutkan Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam. dalam hadisnya adalah seorang kafir atau termasuk Musyabbihah (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk).” [26]

Akhir sekali, menukil kata Imam Abu hassan al-asyairah berkenaan Allah di langit
Imam Abul Hasan al-Asy’ari berkata:
"Di atas langit-langit itulah ‘Arasy, maka tatkala ‘Arasy berada di atas langit-langit Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Sesungguhnya Ia istiwa (bersemayam) di atas ‘Arasy yang berada di atas langit dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan As-Sama (langit), maka ‘Arasy berada di atas langit. Bukanlah yang dimaksudkan di dalam firman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Bukan di seluruh langit, tetapi ‘ArasyNya yang berada di atas langit."[27]
Imam Abu Hasan al-Asy’ari seterusnya menegaskan:
“Telah berkata orang-orang dari golongan Muktazilah, Jahmiyah dan al-Hururiyah: Sesungguhnya firman Allah (Allah bersemayam di atas ‘ArasyNya) mereka berkata Istaula (bukan istiwa) dan Allah Azza wa-Jalla disetiap tempat ( فى كل مكان), mereka menentang bahawa Allah Azza wa-Jalla di atas ‘ArasyNya”.[28]
Imam Abu Al-Asy’ari menjelaskan melalui hadis:
“Dari Nafi’ bin Jabir dari bapanya sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Turun Tuhan kami ‘Azza wa-Jalla setiap malam ke langit dunia, lalu berfirman: Adakah sesiapa yang meminta maka Aku akan memberinya, adakah sesiapa yang meminta pengampunan maka Aku akan mengampunkannya, sehinggalah terbit fajar”.[29]
Beliau menjelaskan lagi:
“Sebagaimana telah dipastikan bahawa Allah Azza wa-Jalla beristiwa di atas ‘ArasyNya dan menolak semua yang bertentangan dengannya, sebagaimana yang disalin dari Ahli Rawi dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Diriwayatkan dari Nafi’ bin Jabir dari bapanya bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Tuhan kita ‘Azza wa-Jalla turun pada setiap malam ke langit dunia kemudian berfirman: Adakah sesiapa yang meminta Aku akan memberinya, Adakah sesiapa yang meminta ampun Aku akan mengampunkannya sehinggalah terbitnya fajar”.[30]
Seterusnya Imam Abu Hasan al-Asy’ari menekankan:
“Allah ‘Azza wa-Jalla berfiman: } Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas (langit) mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka){ An-Nahl 50. Dan Allah berfirman: }Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap{ Fussilat. 11. Dan Allah berfirman: }Kemudian Dia bersemayam di atas ‘ArasyNya, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia{ Al-Furqan 59. Dan Allah berfirman: }Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy. Tidak ada bagi kamu selain daripadaNya seseorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafaat. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?{ As-Sajadah 4. Maka semua ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawasanya Allah Ta’ala di langit beristiwa di atas ‘ArasyNya. Dan langit menurut kesepakatan manusia bukanlah bumi. Maka telah menunjukkan bahawa Allah Ta’ala menyendiri dengan kewahdaniatanNya beristiwa di atas ‘Arsay dengan istiwa yang sesuai dengan kebesaranNya tanpa berhulul (menyerap) dan berittihad (bersatu)”. [31]

_____________________________________
[1] Hadits shahih. Dikeluarkan oleh Jama’ah ahli hadits, diantaranya :
1. Imam Malik (Tanwirul Hawaalik syarah Al-Muwath-tho juz 3 halaman 5-6).
2. Imam Muslim (2/70-71)
3. Imam Abu Dawud (No. 930-931)
4. Imam Nasa’i (3/13-14)
5. Imam Ahmad (5/447, 448-449)
6. Imam Daarimi 91/353-354)
7. Ath-Thayaalis di Musnadnya (No. 1105)
8. Imam Ibnul Jaarud di Kitabnya ”Al-Muntaqa” (No. 212)
9. Imam Baihaqy di Kitabnya ”Sunanul Kubra” (2/249-250)
10. Imam Ibnu Khuzaimah -Imamnya para Imam- di Kitabnya ”Tauhid” (hal. 121-122)
11. Imam Ibnu Abi ‘Aashim di Kitab As-Sunnah (No. 489 di takhrij oleh ahli hadits besar Muhammad Nashiruddin Al-Albanni).
12. Imam Utsman bin Sa’id Ad-Daarimi di Kitabnya ”Ar-Raddu ‘Alal Jahmiyyah” (No. 60,61,62 halaman 38-39 cetakan darus Salafiyah).
13. Imam Al-Laalikai di Kitabnya ”As-Sunnah ” (No. 652).

[2] Dinukil daripada Di Mana Alloh? Pertanyaan Penting Yang Terabaikan! karya Abu Ubaidah As-Sidawi (Media Tarbiyah, Jawa Barat, Indonesia, 2008), ms. 57.
[3] kitab al-‘Uluw, ms. 82
[4] Dinukil daripada al-’Uluw lil ‘Aliyil Azhim (ms. 81, Mukhtasar al-’Uluw, al-Albani)
[5] Dinukil daripada ar-Radd Ala Jahmiyyah, ms. 46-47
[6] Dinukil daripada al-Istizkar: al-Jamii’ li Mazhab Fuqaha’ al-Amsor wa ‘Ulama’ al-Aqtar, jld. 1, ms. 344
[7] Hadis riwayat al-Bukhari (no.1145) dan Muslim (no. 758).
[8] Dinukil daripada Naqdhu ‘Utsman bin Sa’id ‘alal Marisi al-Jahmi al-Anid, ms. 285
[9] Dinukil daripada Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, ms. 217.
[10] Dinukil daripada al-Risalah fi I’tiqad Ahlus Sunnah wa Ashabi al-Hadith wa al-Aimmah au ‘Aqidah as-Salaf Ashabi al-Hadith, ms. 38.
[11] Dinukil daripada al-Risalah fi I’tiqad Ahlus Sunnah wa Ashabi al-Hadith wa al-Aimmah au ‘Aqidah as-Salaf Ashabi al-Hadith, ms. 40-41.
[12] Lihat penjelasan ini dalam Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, ms. 217.
[13] Tafsir al-'Adzhim
[14] Al-Istizkar: al-Jamii' li mazhab Fuqaha al-Ansor wa 'Ulama al-Aqtar
[15] Syarhul Aqidah at-Tahawiyah (2/472), tahqiq Dr. At-Turky, Jalaulm’Ainain, hal. 368
[16] Aqidatus salaf Ashabil Hadis, hal. 42, al-Asma’ Was Sifat oleh al-Baihaqi, hal. 456
[17] al-Fiqhul Absath, hal. 46
[18] al-Asma’ was Sifat, hal. 429
[19] Syarhul Aqidah at-Tahawiyah (2/472), tahqiq Dr. At-Turky, Jalaulm’Ainain, hal. 368
[20] Aqidatus salaf Ashabil Hadis, hal. 42, al-Asma’ Was Sifat oleh al-Baihaqi, hal. 456
[21] al-Fiqhul Absath, hal. 46
[22] al-Asma’ was Sifat, hal. 429
[23] Hilyatul Aulia’ (VI/325-326), Ibn Abdil Barr dalam at-Tauhid (VI/151), Al-Baihaqi dalam al-Asma’ Was Sifat, hal. 498, Ibn Hajar dalam Fathul Bari (XIII/406-407), Az-Zahabi dalam al-Uluw, hal. 103
[24] (Riwayat Bukhari, no: 2826 dan Muslim, no:1890).
[25] (Riwayat Bukhari, no: 7231 dan Muslim, no: 2933)
[26] (Riwayat Ahmad IV/182, Ibnu Majah I/72, Hakim I/525 dan Ibn Mandah hal.87. Imam Hakim mensahihkannya dipersetujui oleh az-Zahabi dalam at-Talkhis)
[27] Dinukil daripada I’tiqadul Aimmatil Arba’ah oleh Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-Khumais
[28] Ta’arudh al-‘Aqli wa al-Naqli (II/30)
[29] Manaqib Imam Ahmad, hal. 221
[30] Ar-Raddu ‘ala al-Jahmiah, hal. 104
[31] Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 48.
Lihat: الابانة عن أصول الديانة hlm. 97.
Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 99 – 100.
Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah, hlm. 99. Dikeluarkan oleh Ad-Darimi, Ibn Majah 1367. Ibnu Khuzaimah dalam “At-Tauhid” 87. Ahmad 4/16. Al-Ajiri dalam “As-Syariah” 310-311. Isnadnya sahih, rijalnya thiqah dan perawinya termasuk perawi Bukhari dan Muslim.
Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm 100.

No comments:
Post a Comment