Powered By Blogger

Tuesday, November 16, 2010

Wanita dimuliakan Islam

Assalamualaikum,

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له  ونشهد أن محمدا عبده ورسوله

Seringkali kedengaran berita mengenai wanita-wanita yang menuntut hak mereka di pejabat agama, suami, keluarga dan institut lainnya. Kata mereka hak mereka tidak dipedulikan, mereka dikongkong dan di pinggirkan oleh masyarakat dan keluarga kerana 'Islam' membatasi pelbagai perkara dan Islam itu zalim kerana membiarkan suami kepada wanita itu mempunyai kuasa penuh untuk mengarahkan seperti "tuan mengarah robot". Malahan mereka menyatakan islam itu ganas kerana di akhbar-akhbar dan berita TV mengatakan di bumi Afghanistan berlakunya kes penderaan isteri dan wanita, mereka mengongkong wanita dan isteri-isteri mereka di rumah dan lebih kejam apabila didapati isteri-isteri mereka keluar tanpa suami atau mahram akan dipukul dengan parah sekali. Kes-kes begini kita kadangkala sukar untuk menjawab semula bahawa islam itu agama yang harmoni dan menjaga hak wanita.  Maka apakah yang mendorong wanita-wanita yang haknya tergadai untuk terus mendakwa islam itu ganas? kerana mereka tidak memahami erti Taqwa dalam islam? atau tidak memahami islam seluruhnya?. Sebenarnya Islam adalah agama peyayang, pembela hak dan menjaga keharmonian.  Rasulullah itu contoh keluarga islam, mengapa wanita islam sekarang tidak diterapkan sejarah keluarga Rasul dan Sahabah radiallahu'an?  Apabila berita keganasan islam berleluasa, maka inilah padahnya. Dunia islam kini makin hodoh dan jelek, kebangkitan suara-suara daulah Islamiyyah pula di pandang remeh dan ditindas usaha-usaha mereka oleh bangsa 'islam' sendiri.  INILAH DUNIA ISLAM !  

ISLAM MENJAGA KEHARMONIAN DAN HAK WANITA

Di dalam Hadis Nabi yang berbunyi

فَاتَّقُوْا اللهَ فِي النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوْهُنَّ بِأَمَانِ اللهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوْجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لاَ يُوْطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُوْنَهُ فَإِنْ فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوْهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Bertakwalah kepada Allah tentang (urusan) wanita, karena sesungguhnya kalian telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan kalian menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah. Kalian mempunyai hak yang menjadi kewajiban mereka, iaitu mereka tidak boleh memberi masuk ke rumah kalian orang yang tidak kalian sukai. Jika mereka melakukannya maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Mereka jua memiliki hak yang menjadi kewajiban kalian, iaitu nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang makruf [HR Malik, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, an-Nasai, ad-Darimi, Ahmad, Ibn Hibban, al-Baihaqi, Ibn Khuzaimah, Abad bin Humaid, Ibn Abi Syaibah, dll]

Ayat di atas jelas bahawa islam itu menjaga hak mereka dan menyuruh para Lelaki memelihara wanita dengan baik, dan jika hendak memukul mereka janganlah sehingga mencederakan dan menampakkan kesan. Malangnya ya para lelaki menggunakan nama Islam untuk melakukan apa sahaja kepada isteri dan wanita mereka, lebih parahnya jika si suami memukul isterinya sehigga berdarah itulah digelarkan "taat suami" , institut agama pula yang setiap hari mengadap kes seperti ini akan melontarkan ayat yang sama iaitu "luka di dahi boleh bawa ke syurga..sabarlah" tidak pula ustaz-ustaz ni memanggil suami mereka ke office! atau berunding dengan keduanya! kes yang tertangguh-tangguh! maka inilah Islam kita! islam yang jelek !

Lihat apa kata ulama' mengenai ayat di atas

Fa in fa’alna dzâlika fadhribûhunna dharban ghayr mubarrih.” Maknanya, jika mereka mengizinkan orang yang tidak kalian sukai masuk ke rumah kalian maka pukullah mereka dengan pukulan yang ghayr mubarrih. Jadi, dalam hal ini suami boleh memukul isterinya dalam bentuk pukulan ghayr mubarrih untuk mendidik isteri. Hanya sahaja, di dalam QS an-Nisa’ [4]: 34, pukulan itu adalah langkah terakhir: setelah isteri dinasihati; jika tidak mahu mengikutinya, lalu dipisahkan tempat tidurnya; dan jika tidak mahu mentaati suami juga, baru dengan pukulan tersebut.

Pukulan ghayr mubarrih adalah pukulan yang tidak keji (ghayr syâ‘in), tidak keras, tidak menyebabkan luka dan tidak meninggalkan bekas sedikitpun. Menurut Ibnu Abbas, yang dimaksud bukanlah pukulan dengan tongkat atau semisalnya. Al-Hajjaj dan Hasan Bashri menjelaskan, “Iaitu pukulan yang tidak membekas (ghayr muatstsir).” Menurut para fuqaha’ pukulan ghayr mubarrih adalah pukulan yang tidak menyebabkan kerosakan organ dan tidak meninggalkan bekas sedikitpun (Lihat tafsir QS 4: 34 di dalam Tafsîr ath-Thabari, Tafsîr al-Qurthubî, Tafsîr Ibn Katsîr, Tafsîr al-Alûsî, dsb.)

Demikian itulah keterangan mengenai makna 'memukul isteri'.  Berpada-padalah wahai suami bila untuk menggunakan nama 'islam' atas kelakuan jelekmu!.


PAKAIAN MUSLIMAH MELAMBANGKAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Apabila kita lihat mak nenek membuang tudungnya secara tiba-tiba di khalayak ramai, kita tidak pelik mengapa ia berbuat demikian, dan usahlah kita bertanya kepada para remaja wanita mengapa mereka tidak memakai pakaian yang menurut syiar islam. Ini semua adalah bermula dari asuhan awal, ibu bapa dan suami.  Bila dilontarkan soalan begini "mengapa tidak pakai pakaian muslimah?"  mereka akan segan silu dan mengatakan "mengapa mesti pakai?" :)

Maka disini sebenarnya saya bagi beberapa point mengapa mereka tidak ingin patuh arahan Allah dalam bab pakaian

1. tidak memahami erti ketaqwaan kepada Allah
2.tidak tahu hikmah disebaliknya
3.tidak tahu kesan disebalik perbuatannya

apa itu taqwa? pakaian muslimah melambangkan taqwa?

di dalam surahtul al-A'raf ayat 26

يَابَنِي ءَادَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ ءَايَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ


Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Mengapa mesti taat dan patuh dengan Allah? ya kerana ingin diselamatkan dari api neraka

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ}

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (QS at-Tahriim:6).

Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu ketika menafsirkan ayat di atas berkata, “(Maknanya): Ajarkanlah kebaikan untuk dirimu dan keluargamu” ( Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam “al-Mustadrak” (2/535), dishahihkan oleh al-Hakim sendiri dan disepakati oleh adz-Dzahabi.)

Syaikh Abdurrahman as-Sa’di berkata, “Memelihara diri (dari api neraka) adalah dengan mewajibkan bagi diri sendiri untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, serta bertaubat dari semua perbuatan yang menyebabkan kemurkaan dan siksa-Nya. Adapun memelihara istri dan anak-anak (dari api neraka) adalah dengan mendidik dan mengajarkan kepada mereka (syariat Islam), serta memaksa mereka untuk (melaksanakan) perintah Allah. Maka seorang hamba tidak akan selamat (dari siksaan neraka) kecuali jika dia (benar-benar) melaksanakan perintah Allah (dalam ayat ini) pada dirinya sendiri dan pada orang-orang yang dibawa kekuasaan dan tanggung jawabnya” (Taisiirul Kariimir Rahmaan (hal. 640).

Maka apakah kesan daripada perbuatan menderhakai Allah dan Rasul?  

{وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ}

Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan (dosa)mu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)” (QS asy-Syuura:30).

Itulah yang telah dikhabarkan Allah di dalam al-quran tentang peringatan-peringatanNya. Maka tidakkah kita berfikir?

{وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا}

Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(-Nya), mereka itu akan (dikumpulkan) bersama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: para Nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya” (QS an-Nisaa’:69).

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ


Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?

AFALA TAQKILUN!!!   MAKA TIDAKKAH KAMU BERFIKIR?

wallahu'alam

Saturday, November 6, 2010

Artis Malaysia: satu pandangan

Assalamualaikum,

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له  ونشهد أن محمدا عبده ورسوله

Mengenai tajuk di atas, saya ingin mengulas beberapa hal berkenaan artis malaysia yang dengan sinonim dengan 'islam' dan hampir kesemuanya adalah 'MELAYU'. Maka bila kita dengar bangsa 'melayu', seperti yang semua tahulah, bangsa melayu adalah bangsa kedua teramai menganut agama islam dan yang pertama adalah bangsa Arab. Artis Malaysia? mengapa dengan mereka? mengapa saya ingin mengulas beberapa hal berkaitan "ARTIS MALAYSIA"? pasti ada pihak yang di luar sana akan mengatakan "poyolah penulis ni, tak sporting langsung...biasalah depa kan artis" . Ya saya faham, mesti ada yang tidak puas hati barangkali apabila seorang penulis mengkritik artis 'kesayangannya' malahan gaya artis tersebut sama seperti mereka. Aduhai, saya pun mengeluh seketika, mengapa begitu taksub sekali ya mereka kepada artis-artis malaysia sehinggakan perkara mungkar pun tidak mahu untuk dipertikaikan?. Ada apa pada Artis Malaysia sehinggakan muda mudi kita terpengaruh akannya?. Jika mereka minat dengan pertunjukan artis malaysia dari segi penyampaian lagu, filem dan cara penyusunan kerja mereka, saya rasa itu adalah patut dan masakan pula bila artis ada buat sesuatu perkara mungkar yang 'MENGGELIKAN' kita semua dan kita pun terikut-ikut pantas tidak mahu diterima teguran?. Kebanyakan pengikut-pengikut artis yang memalukan ini hampir kesemuanya ISLAM pada agamanya. Maka tak wajarlah kita semua menilai seseorang berdasarkan kredibilitinya yang disanjung-sanjung di media massa. Saya bukan anti hiburan, tetapi disini saya ingin mendisiplinkan kita kepada hiburan serta tidak lah terpengaruh dengan "style" jahiliyyah sesetengah artis malaysia kini.


SESETENGAH ARTIS MEMPEROLOKKAN AYAT ALLAH

"Masyaallah" , " Allahuakbar" , "alhamdulillah"   kebiasaannya ayat2 seperti ini dijadikan slogan lawak oleh mereka, dan lebih parahnya apabila artis membuat lawak dengan bercampurkan ayat-ayat Allah pasti penonton islam yang menonton akan tertawa, sebab apa ya? saya tak rasa pun ia begitu lawak malah rasa meluat, menyampak, geli dan nak termuntah pun ada. Apakah kita lupakah dengan hadis  ini?

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

dan juga firman Allah

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu telah kafir sesudah beriman.” (QS. At-Taubah 9: 65-66)

Semoga artis-artis yang mempermainkan ayat Allah ini diberikan hidayah olehNya, saya bimbang dengan pengaruh seperti ini, saya bimbang ia akan digunakan 'trend' oleh masyarakat islam kita sendiri, maka dengan sendirinya islam itu dipandang BODOH DAN JELEK oleh penganut agama yang lain, ini malah akan meruntuhkan lagi aqidah islam dan kekuatan isntitusi pemerintahan islam! ARTIS PERLU UNTUK BERUBAH!

Tambahan pula ada artis sewenang-wenangnya menggunakan gaya lawak mat salleh yang memperolok islam, apakah bodohnya kejahilan begini?!

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا 

Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Demikian itulah, semoga dengan ayat-ayat di atas dapat membuka pemikiran muda mudi yang membaca, adalah belum terlambat untuk bertaubat, Allah telah berfirman

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.” (QS. Az Zumar 39: 53)

salah satu cita-cita saya adalah dapat lihat artis di malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih islamik dan menuntut syariat sepenuhnya. Amin


ARTIS MUNAFIK, SEGERALAH BERTAUBAT..PINTU TAUBAT SANGAT LUAS

Saya sedih melihat artis yang berada di "pentas lakonan" mengenakan"pakaian islamik menutup aurat serta berakhlak baik" hanya sewaktu pengambaran drama atau filem, kemana erti islam dalam dirimu wahai artis? kemana perginya maruah islammu? dan apabila artis berbuat begitu, seolah-olah islam ini sama sahaja dengan agama lain. Semua berpura-pura baik bila berhadapan orang ramai, tetapi di depan Allah tidak! ISlam itu syumul! bukan seperti agama lain yang hanya mementingkan ibadah ritual kepada tuhannya saja.  

Masuklah islam itu sepenuhnya, janganlah jejaki ikutan syaitan..  

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (al-baqarah ayat 208)

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (An-Nur ayat 21)

Saya rasa semua ini tidak berlaku jika artis wanita malaysia ini mendisiplinkan kerjaya mereka, dan mengamalkan islam yang sempurna. Lakonan islamik boleh buat mengapa "kehidupan islamik" tidak mampu?  ya, di TV sekarang begitu banyak drama bersfiat lebih islamik. Tahniah ke atas pegarah filem kerana anda telah menaikkan semula nama islam di media massa!!  tetapi sayangnya artis-artis kita tidak mengamalkan keseluruhannya. 

ada pula di rancangan tv menggunakan tajuk drama nya "tudung ekspres"tajuk yang baik, tetapi tidak kene kepada syariat yang betul, dapat kita lihat melalui pakaiannya itu sudah memadai, dengan TUDUNG YANG BONJOL

hal ini telah Rasulullah memperingatkan seperti mana hadis ini

صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

berbalik ke pangkuan jalan...  

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

Ertinya : Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu (Muhammad: 19)

Jika hatinya merenungkan keburukan perbuatannya, serta ia menyedari dosa-dosa yang ia perbuat itu, nescaya dalam hati akan terdetik keinginan untuk bertaubat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat itu. Kemudian Allah SWT akan membantunya dengan menguatkan tekadnya itu, melakukan tindakan pemulihan atas dosa-dosanya, serta melakukan perbuatan-perbuatan yang diperlukan dalam taubat. (Risalah Qusyairiah dengan tahqiq Dr. Abdul Halim Mahmud, dan Dr. Mahmud bin Syarif, (1/ 254, 255)

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya : Katakanlah: ""Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)

إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَـئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيم

Ertinya : " Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang" ( Al-Furqaan : 70 ).

Menangislah sepuas-puas akan kesalahan dirimu wahai artis dan peminat...  tidak rugi jika kita mengamalkan islam yang sempurna..  Semoga semakin ramai artis dan rakyat jelata islam akan berbalik kepada pangkuan Allah azza wa jalla...  AMIN AMIN...

wallahu'alam

Islam mendisiplinkan cinta, bukan melarang!

Assalamualaikum,

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له  ونشهد أن محمدا عبده ورسوله

Sudah beberapa masa ini saya sering berjumpa dengan ustaz-ustaz 'kartun' yang selalu mengarang artikel mengenai 'cinta' dan mereka menafsirkan cinta itu adalah melalui akad nikah dan selepas itu cinta, sebenarnya islam ini melarang cinta atau tidak? Islam tidak membenarkan seseorang itu untuk berkenalan terlebih dahulu sebelum kahwin? Ya syeikh! islam bukan agama yang melarang fitrah!! islam agama yang datang dengan wahyu lalu mendukung sesuatu itu ke arah yang lebih berdisiplin! bukan akal pandaimu boleh sesuka hati menghukum sesuatu itu sebelum mendatangkan nas yang sahih dan ijtihad ketetapan yang mengikut kesesuaian situasi. Seperti mana hadis ini

DIRIWAYATKAN DARI IMAM KHATIB AL-BAGHDADI RA (ABU BAKR IBN ALI BIN SABIT ) DENGAN SANAD YANG SAHIH BAHAWA TELAH BERKATA SUFYAN AS- SAURI RA " AGAMA INI DIBINA DENGAN ASAR -ISTINBAT AL-QUR'AN DAN SUNNAH SERTA APA YANG DIRIWAYATKAN DARI PARA SAHABAT YANG MEMBAWA KEPADA MAKSUD SYARIAH (AL-QUR'AN & SUNNAH)- DAN BUKANLAH AGAMA INI DIBINA DENGAN AKAL."

Maka dengan turunnya wahyu itulah agama islam berbentuk sempurna dan meliputi keseluruhan hidup.



USTAZ KATA KITA TAK BOLEH TAHU PASANGAN KITA SEBELUM KAHWIN

Ustaz kata gini-gini dan itu ini, malangnya situasi di negara bebas ini apabila sering taqlid akan kata-kata ustaz yang sekadar hanya menambah beberapa nas dan "ada ulama' kata" tidaklah meluaskan pemikiran muda mudi sekalian, apabila nas dibohongi dengan penafsiran akal seorang ustaz! maka keluarlah yang ini haram yang itu wajib. Dikala zaman moden lagi maju berteknologi ini dan manusia bukan lagi bodoh! keluasan penggunaan internet, buku, dan sumber-sumber pengatahuan terlalu luas! masakan ustaz 'kartun' masih tetap meracuni pemikiran anak muda mudi di sekitar negara ini?.  Ada juga manusia yang jadi pengikut 'setia' walaupun sudah terpampang kebodohan seorang yang diikut itu!.

Maka apakah kita tidak boleh mengenal dan berhubung langsung dengan pasangan kita jika belum akad nikah?! sejauh manakah kesahihan berita ini? ya, saya sering dengar ada juga ustaz kartun berkata begini "kami dahulu pun bukan kenal satu sama lain, tiba-tiba kahwin.. ha, dengan restu ibu bapa kami bahagia sampai sekarang"  Ya syeikh! kita bukan boleh bicara soal bahagia atau tidak! Sedangkan Nabi memahami umatnya. Ini soal masa depan, bukan cerita kartun sufi bodoh yang direka cipta hanya untuk menjaga nama dan kredibiliti seorang yang 'petah cakap'!

Abi Sa’id r.a yang berkata bahawa seorang lelaki datang bersama anak perempuannya kepada Nabi s.a.w lalu berkata:“Sesungguhnya anak perempuanku ini enggan dikahwinkan.” Lalu baginda bersabda kepadanya (anak perempuan itu): “Taatlah kepada bapamu.” Maka, perempuan itu menjawab: “Tidak, sehingga engkau memberitahu aku tentang hak suami ke atas isterinya.” Maka, Nabi menjawab pertanyaan itu dengan bersabda: “Hak suami ke atas isterinya ialah sekiranya suami itu mempunyai luka yang berdarah dan bernanah di seluruh badannya kemudian jika dijilat oleh isterinya itu sekalipun, maka belumlah lagi tertunai kewajipan isterinya itu.” Lalu perempuan itu berkata: “Demi jiwa yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, sesungguhnya aku tidak akan berkahwin selama-lamanya.” Lalu baginda bersabda: “Janganlah menikahkan mereka (perempuan) kecuali dengan izin mereka.”-[Hadis hasan riwayat Ibnu Abi Syaibah, no. 17116].

Hadis di atas apabila dilihat, Nabi pun diminta oleh seorang wanita untuk menghalangi dirinya daripada dikahwin paksa tanpa kehendaknya, Nabi katakan “Janganlah menikahkan mereka (perempuan) kecuali dengan izin mereka.”   macam mana dengan dakwaan ustaz kartun mengatakan bahagia? lihat! Nabi memahami umatnya!



ISLAM MEMBENARKAN UNTUK MENGENALI SATU PASANGAN SEBELUM NIKAH

Demikian juga islam itu agama yang diturunkan daripada wahyu bukan akal, jika dapat dilihat di zaman sahabah banyak telah diriwayatkan oleh imam-imam hadis berkenaan pasangan yang mengenali antara satu sama lain sebelum kahwin, dan antaranya adalah

Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :

Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

Maka begitulah antara dalil-dalilnya, jadi disini saya merasa hairan dengan dakwaan ustaz kartun di sekitar kita, manakah dalil mereka mengatakan cinta dan berkenalan sebelum kahwin tidak dibenarkan dan ia membawa kepada zina?! itu semua tertakluk kepada niat hubungan pasangan tersebut, jika niatnya untuk mempersuami atau memperisteri maka sudah tentu dibenarkan syarak serta itu semua sudah diberi petunjuk oleh as-sunnah dalam melangkauinya.


IBU BAPA TAK RESTU KAMI BERCINTA DAN SYURGA BAWAH TAPAK KAKI IBU

Malangnya ya seringkali berjumpa dengan beberapa golongan memang anti 'cinta' dan mendahului adat daripda SUNNAH. Bak kata orang "biar mati anak jangan mati adat"  apakah sejauh dungunya pemikiran begini?! kemanakah islammu! kemana perjuangan al-quran dan sunnah Nabi! adakah ini semua cakap ustaz kartun? ya, seperti yang kita tahu siapa yang belajar fiqh mereka terkenal dengan satu fatwa imam syafi'e, imam syafi'e di dalam fatwanya berkata bapa boleh paksa anak kahwin dan hujahnya adalah kerana ia wali mujbir.

Namun jika kita lihat dengan situasi sekarang, adakah ia sesuai dengan kehendak? saya rasa jika imam syafi'e datang semula mesti beliau menarik semula fatwanya. Seperti beli air di mesin, adakah perlu lafazkan seperti di dalam fatwa mazhab syafi'e?! Ya syeikh! islam itu berubah mengikut zaman tetapi tetap dengan prinsip asas!!

Kita berbalik semula soal paksa anak kahwin dan tidak restu, baik kita lihat firman Allah

وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلا تَعْضُلُوهُنَّ أَنْ يَنْكِحْنَ أَزْوَاجَهُنَّ إِذَا تَرَاضَوْا بَيْنَهُمْ بِالْمَعْرُوفِ ذَلِكَ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ مِنْكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكُمْ أَزْكَى لَكُمْ وَأَطْهَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

Apabila kamu menalak istri-istrimu, lalu habis idahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kawin lagi dengan bakal suaminya, apabila telah terdapat kerelaan di antara mereka dengan cara yang makruf. Itulah yang dinasehatkan kepada orang-orang yang beriman di antara kamu kepada Allah dan hari kemudian. Itu lebih baik bagimu dan lebih suci. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-baqarah ayat 232) 

Ingatlah wahai IBU dan BAPA! restu Allah itu lebih diberkati, sampai bila kalian mengongkong pemikiran anak hanya dengan 'adat' kononnya?

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." An-Nur 32

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." Ar-Rum (30) : 21

Justeru kita sebagai seorang yang cintakan islam, adalah sunnah didahulukan. Bukan islam melarang cinta, tetapi islam mendisiplinkan terhadap cinta dan perlulah mengerti akan keperitan anak-anak di satu masa hadapan nanti, adakah kita rela melihat anak perempuan kita diceraikan kerana pilihan 'bodoh' kita? Ingatlah, Allah maha mengetahui akan apa setiap perbuatan kita. Pilihan ibu bapa bukan semestinya menjamin kebahagiaan anak, biarlah kebahagiaan itu ditentukan anak dengan doa dan pencarian redha Allah taala.

Keluarga: wanita! suami!

Assalamualaikum,

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له  ونشهد أن محمدا عبده ورسوله

ISLAM DIPANDANG REMEH DAN PENGAMALAN YANG KURANG 

Dukacitanya keadaan di dalam sesuatu institusi kekeluargaan sekarang semakin pudar ciri-ciri keislamannya, cukup sekadar keluarga itu mengerjakan solat, puasa wajib dan bertandang di majlis 'yasinan' yang sudah dirasakan memadai untuk satu keluarga itu berbuat hal yang lain-lain.  Apabila ditanya kepada salah seorang ahli keluarga tersebut "kenapa pakai baju ketat dan menampakkan rambut?"  jawabnya: "kami tak perlu itu semua, kami solat dan puasa.. kenapa? kami masuk neraka ke?" susahnya untuk memahamkan muslimin, adakalanya bangsa china yang beragama buddha lebih memahami syariat islam berbanding ahli 'islam' itu sendiri, amat sedih juga apabila kita yang bertanya soal hukum hakam wajib di persoalkan pula kita ini siapa dan adakah kita ini penjaga pintu syurga?. Itulah apabila islam dipandang dari segi ibadah manusia dengan Tuhan serta berbuat ibadah ritual yang kononnya sudah memadai untuk mencukupkan pengamalan diri dalam beragama dengan agama wahyu yakni islam, kemananya intikandungan al-quran dan sunnah? kemana perginya kehidupan islam yang syumul? kemana pergi perkataan "islam itu sesuai sepanjang zaman dan meliputi keseluruhan hidup" ?.

wahai Ibu bapa, anak muda, wanita, pemimpin islam dan muslimin sekalian islam itu bukan agama ibadah berbentuk perbuatan sepertimana kristian, buddha, hindu dan lain-lain! islam itu menyeliputi keseluruhan hidup, Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah kepada Umatnya untuk dicontohi, kerana kehidupan yang bahagia disusun dengan tatacara pengamalan sunnah islam dan syariat Allah azza wa jalla. Maka adalah wajib untuk kita menuntut segala syariat yang sudah ditetapkan..  seperti mana firman Allah

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (al-baqarah ayat 208)

juga firmanNya

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (An-Nur ayat 21)


MAHKOTA WANITA ADALAH JILBAB


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ ِلأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِيْنَ يُدْنِيْنَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلاَبِيْبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللهُ غَفُوْرًا رَحِيْمًا

"Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"  al-ahzab ayat 59

  • Perkataan Al Imam Abu Ja’far Muhammad Ibnu Jarir Ath Thabriy, beliau rahimahullah  berkata dalam tafsir ayat ini : Allah U mengatakan kepada Nabi-Nya Muhammad r : Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:"janganlah kalian/wanita menyerupai budak dalam hal pakaiannya, jika mereka keluar rumah untuk keperluannya, mereka membuka rambut dan mukanya, tapi hendaklah mereka mengulurkan jilbab (jubah)nya keseluruh tubuh mereka agar tidak diganggu orang jahat jika dia tahu bahwa mereka itu wanita merdeka dengan gangguan perkataan “ kemudian ahli tafsir berbeda pendapat tentang cara mengulurkan yang diperintahkan Allah kepada mereka , sebagian mengatakan:
 1. Para wanita menutup muka dan kepalanya dan tidak menampakkan kecuali satu mata saja. Beliau menyebutkan orang yang mengatakannya : Telah memberitahukan kepada saya Ali, dia berkata Abu Shalih[1] telah meberitahukan kepada kami, dia berkata Muawiyyah telah memberitahukan kepada saya dari Ali dari Ibnu Abbas t,firman-Nya,”Allah memerintahkan wanita wanita mukminat bila keluar dari rumah untuk suatu kebutuhan agar menutup wajah mereka dengan jilbab yang diulurkan dari atas kepalanya dan hanya menampakan satu mata mereka saja

2. Ya’qub telah memberi tahu saya, dia berkata Ibnu ‘Ulayyah telah memberi kabar kami dari Ibnu Aun dari Muhammad dari Ubaidah dalam firman-Nya,” 

    Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka" maka Ibnu Aun mengenakannya di depan kami, dia berkata : Dan Muhammad mengenakannya di depan kami, Muhammad berkata : Ubaidah mengenakannya di depan kami, Ibnu berkata : Dengan kain rida’nya, terus beliau menutupi kepalanya dengan kain itu, terus menutupi hidungnya dan mata yang kiri dan mengeluarkan mata kanannya, dan mengulurkan rida’nya dari atas sampai menjadikannya dekat dengan alisnya atau pada alisnya.

tafsir yang cukup jelas, malah sahabat Nabi di kalangan pentafsir sudah menerangkan tentang ayat di atas. Tidak boleh dijadikan alasan lain. Kita semua berbalik kepada islam dan suruhanNya, maka dengar, taat dan taqwa kepada Allah azza wa jalla. Sesungguhnya tidak rugi untuk kita mengikutinya.

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ ءَابَائِهِنَّ أَوْ ءَابَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (An-Nur ayat 31)

وَإِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الآخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنْكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا

Dan jika kamu sekalian menghendaki (keridaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar. (al-ahzab: 29)


Wahai wanita muslim, hendaklah kamu menjaga dirmu daripada fitnah dan malapetaka yang lebih besar!

Terkadang terasa pelik dengan omongan sesetengah pihak hawa yang mengeluh dengan sikap suaminya melarang untuk kerja, bila ditanya kerja apa? maka ia jawab "Customer service" dan bertanya si hawa itu lagi "kenapa para suami perlu cemburu? dan melarang wanita bekerja?!"

Wahai wanita, bukan islam melarang untuk kerja tetapi kita mesti melihat faktor pekerjaannya apa dan adakah ia menjamin keselamatan dan kesesuaian diri seseorang wanita tersebut, sudah semestinya kerja sebagai customer service adalah menyanggahi dengn prinsip islam dalam pergaulan. Sepertimana firmanNya

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى وَأَقِمْنَ الصَّلاةَ وآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ

dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya (al-ahzab ayat 33)

Hal ini jelas di sebutkan oleh Allah SWT : وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra : 32)

Maka di dalam kes ini, perlu lah kita mengambil pengjaran daripada ayat ini dan gunakan alternatif selain dari kerja yang agak lari daripada prinsip pergaulan dalam islam.


APABILA LELAKI MENJADI DAYUS LALU TIDAK PERNAH MENGENAL ERTI MALU

Terkejut sekali sering kedengaran si suami mahupun ketua keluarga tidak memperdulikan hal yang dibuat oleh ahli perempuannya, maka dengan sendirinya terdidik lah dengan sendirinya ahli perempuannya tidak mengenal erti malu dan tiru gaya hidup jahiliyyah!

Allah taala dan Nabi berkeras dalam soal ini

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:

ثَلَاثَةٌ قَدْ حَرَّمَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَلَيْهِمْ الْجَنَّةَ مُدْمِنُ الْخَمْرِ وَالْعَاقُّ وَالدَّيُّوثُ الَّذِي يُقِرُّ فِي أَهْلِهِ الْخُبْثَ

"Tiga golongan yang Allah mengharamkan surga atas mereka, peminum khamar, anak yang durhaka kepada orang tua, dan Dayyuts, yaitu seorang yang merelakan keluarganya berbuat kekejian." [HR Ahmad no. 5839, disahihkan oleh Syeikh al-Albani]

Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda :

ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء ومدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما مدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

"Tiga golongan yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu ad-dayyuts, wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak", lalu sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami mengerti maksud ketagihan arak, tetapi apakah itu Dayuts? berkata baginda: "iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)" [HR at-Tabrani, ditakhrij oleh Syeikh al-Albani dengan derajat "Sahih Lighoirihi"]

Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

maka demikian, perlu lah kita sebagai seorang muslimin untuk mengambil berat dalam isu ini..  Isu ini di sekitar malaysia tidak mendapat sambutan hangat, jika isu "couple" dapat pula sambutan yang tinggi :)  menjerit-jerit dengan laungan "NO COUPLE"! tetapi sekadar mana tahap pencegahannya? masih sama! 

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

perwatakan seseorang itu dinilai dari segi akhlak dan perbuatannya, jika tidak malu buatlah apa yang engkau suka

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Sesungguhnya diantara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwwah yang pertama ialah "Apabila kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu suka." (hadis riwayat Bukhari no. 5769)

wallahualam.