Powered By Blogger

Saturday, August 14, 2010

Nasihat ulama' dalam bermazhab

Assalamualaikum,

Innal hamdulillah, nahmaduhu wa nasta’eenuhu wa nastaghfiruh, na’udhu billahe min shurure anfusinaa wa sayyi’aate A’maalena:
Man yahdihillah, fahuwal muhtad,
Wa man yudhlil fa lan tajida lahu waliyyan murshidaa,
Wa ash-hadu an laa ilaaha illah wahdahu laa sharika lah,
Wa ash-hadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh,Allahumma sale ala Muhammaden wa aale Muhammad wa sallama tasleeman kathira.


amma ba'du,

Mazhab adalah aliran sesuatu bidang/agama/bab, misalnya agama islam sendiri ada beberapa mazhab yang disyorkan dan diiktiraf. mazhab di dalam agama islam yang disyorkan adalah 4 iaitu maliki, hanafi, hambali dan syafi'e. Setiap mazhab mempunyai pengasas imam/ulama' yang bertaraf mujtahid yang mampu berijtihad sendiri. Juga di dalam setiap mazhab terkandungnya ilmu feqah yang ditulis di dalam kitab-kitabnya untuk dijadikan panduan pada mereka yang muqallid(orang awam) juga setiap fatwa yang tertulis di dalam setiap kitab imam mazhab ini adalah berlandaskan rujukan pertama iaitu al-quran dan as-sunnah.

di atas sedikit keterangan mazhab, mazhab seperti kita ketahui ada dua perkara di dalam  islam iaitu aqidah dan feqah. Disini ingin bercakap mengenai mazhab feqah ini yang paling masyur dikalangan masyarakat awam, dan pastinya bila sebut mengenai mazhab feqah bayangan seseorang itu pasti akan terbayang imam yang 4 dan sudah semestinya mereka yang bergelar muslim mengetahuinya kerana ini juga satu kewajipan umat islam untuk mempelajari ilmu agama. Agama ini bila dilihat dari segi feqah semestinya kita yang beramal dengan sesuatu yang dikaitkan dengan islam wajib berdalil dan bukanlah "taqlid buta' pada mazhab sesuatu tanpa menilai dalil-dalil yang dikeluarkan.

Taqlid mazhab? kemana perginya perjuangan al-quran dan sunnah? bercakap didahulukan mazhab daripada Nabi dan sahabat? 

baik, lihat lah apa kata-kata nasihat imam mazhab ini dalam mengambil satu pandangan.

Imam Abu Hanifah berkata:

(mazhab hanafi) “Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

Imam Malik berkata:

(mazhab maliki) “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang kadang salah dan kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, maka ambillah. Dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, maka tinggalkanlah.” (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)

Imam ahmad bin Hambal berkata:

(mazhab hambali) “Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)

Imam Asy-Syafi’i, beliau berkata: (mazhab syafie) “Setiap masalah yang jika di dalamnya terdapat hadits shahih dari Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam menurut para pakar hadits, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk di dalam hidupku dan setelah aku mati.” (Al-Hilyah 9/107, Al-Harawi, 47/1)

Imam Syafie pernah berkata:
“Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Juga al-Imam al-Syafii:
“Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263).

Juga katanya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/266).

Sehingga beliau berkata: “Apabila sahihnya sesuatu hadis maka itulah mazhabku.” (Al- Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Dari keempat-empat pernyataan terbuktilah bahawa mazhab yang empat melarang bertaklid (ikut bulat-bulat) kepada mereka jauh sekali mewajibkan mengikut mazhab mereka.

Kata Ulama mahsyur Dr Yusuf Qardawi:

Sikap taksub mazhab fekah begitu kuat dalam masyarakat kita, sehingga mereka enggan melihat pandangan-pandang luar mazhab mereka yang mungkin lebih kukuh dan bermanfaat. Kelompok agama jenis ini hanya berusaha agar pengikutnya tidak keluar, sekalipun terpaksa menolak dalil yang sahih. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwat al-Islamiyyat bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Madhmum, m.s 202,Kaherah: Dar al-Sahwat (1991)

wallahu'alam....


Sabar!

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" QS Al-Baqarah 2:45 


"(iaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya." QS Al-Baqarah 2:46


"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar".QS Al-Baqarah 2:153


"Sesungguhnya
hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."QS Az-Zumar 39:10



Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu kecuali oleh orang-orang yang sabar".QS Al-Qashash 28 :80 





Sifat SABAR  terbahagi  kepada dua bahagian:


1 -  Maqamat : 

      Maqamat ialah perjuangan atau usaha serta mujahadah yang kita lakukan dengan tujuan untuk mendatangkan sifat tersebut.
Tidak bererti sifat ini sentiasa kekal pada diri kita  tanpa kita tidak sedikit pun berjuang untuk mendapatkannya. Walau pun pada peringkat permulaan penulis ada menyatakan bahawa setiap hamba Allah itu telah dibekalkannya dengan sifat sabar ini tetapi ianya sepertilah sebagaimana yang kita maklumi bahawa setiap hamba Allah di muka bumi ini Allah telah menyediakan atau menetapkan rezekinya masing-masingTetapi apakah rezeki itu datang secara bergolek sahaja kepada kita tanpa sedikit pun kita berusaha untuk mendapatkannya.
Begitulah juga dengan sifat -sifat baik yang kita utarakan ini.Sifat tawadhuk ,wara' ,ridha dan segala sifat mahmudah ini tidak akan tercapai oleh kita tanpa ada usaha yang sebenarnya dari kita.

2 - Ahwal:

     Ahwal ini merupakan suatu perasaan  yang timbul dengan sendirinya terhadap diri kita.Tidak kira samaada perasaan itu berbentuk gembira,bahagia,senang, sedih ,marah dan sebagainya.
Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad di dalam kitabnya telah membahagikan sifat sabar ini kepada empat bahagian.
         1 - Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.
         2 - Sabar terhadap perkara-perkara maksiat
         3 - Sabar terhadap perkara-perkara yang  tidak diingini
         4 - Sabar terhadap hawa nafsu



wallahu'alam..