Powered By Blogger

Friday, June 25, 2010

bersabarlah ketika ditimpa ujian dan berdoalah kepada Allah




Assalamualaikum, 


Innal hamdulillah, nahmaduhu wa nasta’eenuhu wa nastaghfiruh, na’udhu billahe min shurure anfusinaa wa sayyi’aate A’maalena:
Man yahdihillah, fahuwal muhtad,
Wa man yudhlil fa lan tajida lahu waliyyan murshidaa,
Wa ash-hadu an laa ilaaha illah wahdahu laa sharika lah,
Wa ash-hadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh,
Allahumma sale ala Muhammaden wa aale Muhammad wa sallama tasleeman kathira.


ammaba'du

di dalam surah Al-ma'aarij ayat ke 19 Allah berfirman,   

Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.

Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, (Al-ma'aarij ayat ke 20)

dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, (Al-ma'aarij ayat ke 21)

Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.(Al-ma'aarij ayat ke 5)

fitrah manusia diciptakan Allah yang sentiasa berkeluh kesah dalam segala hal urusan keduniaan, jadi manusia itu haruslah sentiasa memperingati selalu akan ingatan Allah bahawa mereka boleh tenang jika mereka itu sentiasa berdoa dan beriman pada jalanNya.

1. Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

2. Ingatlah! Hanya untuk Allah agama yang bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung itu berkata: “Kami tidak menyembah mereka (tuhan-tuhan palsu) melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan- bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik) (al-Zumar:3).

3. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).

juga hadis Nabi ada memperingatkan kita supaya sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah azza wa jalla dalam kehidupan kita semasa di dunia

1. "Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).

2. Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

3. Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya. (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).


maka jelas lah disini ayat al-quran serta hadis baginda yang memperingatkan kita semua supaya sentiasa memohon doa dalam kala kita kesedihan, kesengsaraan, kedampaan, dan macam-macam lagi. 

tidak hairanlah kita semua ditimpa kesusahan atau kepayahan, 

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).

Allah azza wa jalla tidak pernah melupakan hambaNya yang ditimpa kesusahan di dunia, bagi mereka yang beriman Allah akan menjanjikan syurga pada mereka. ini sungguh jelas lagi yakin kerana dalam sabda Nabi SAW berbunyi 

“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)”(Riwayat Muslim).


jadi sama-samalah berdoa kepada Allah dalam keadaan kita yakin 

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :
 “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. 
(Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).
kita dalam hidup kadangkala ada kesedihan dan dugaan bermacam-macam, tetapi kita sebagai hamba Allah yang mengakui diri kita beriman hendaklah yakin akan balasan ALlah kepada orang-orang beriman/mukmin seperti orang-orang yang terdahulu.

Apa lah sangat jika nak di bandingkan syurga dengan dunia, paling-paling hidup di dunia sektar dalam 60-70 ke atas jadi kita jangan sia-siakan hidup kita dalam keadaan sedih yang melarat hingga lalai akan tugasan kita sebagai hambaNya.

kita boleh lihat sejarah hidup Nabi Musa yang terkenal dengan dugaannya hingga umurnya 40 tahun baru doanya di kabulkan oleh Allah, dalam keperitan hidup baginda tidak pernah berputus-putus untuk berdoa kepada Allah.

Al-Quran menceritakan kejadian ini: (maksudnya)
“Dan setelah dia (Musa a.s.) menuju ke negeri Madyan, dia berdoa “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan kepadaku jalan yang betul”. Dan ketika dia sampai di telaga air Madyan, dia dapati di situ sekumpulan lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan dia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “. (Surah al-Qasas 22-23).

Oleh itu, dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

 Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

Wasalam.

Monday, June 14, 2010

Istilah bid'ah hasannah yang disalah fahami oleh segelintir masyarakat awam (ni basic) bab 1

Oleh Dr asri,

Tajuk yang diben-tangkan di dalam buku ini mempunyai faedah yang tersendiri. Ia bertujuan menghalang golongan yang sewenang-wenangnya menokok tambah ajaran agama dengan bertopengkan istilah Bid‘ah Hasanah. Malah tanpa segan silu mereka mengaitkannya kepada nama para ulama silam yang sebelum ini pernah menggunakan istilah Bid‘ah Hasanah, tanpa memahami apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh para ulama silam tersebut. Hasilnya, segala macam tokok tambah agama yang dibuat dinamakan oleh mereka sebagai Bid‘ah Hasanah. Kononnya, itulah pendapat para ulama.
Benarkah dakwaan ini?
Atau adakah sebenarnya mereka ini kurang teliti dan cermat dalam membuat andaian dan tafsiran yang menggunakan nama para ulama?

(Penulis ingin meluruskan faham tentang "istilah" bid'ah hasannah dari segi bahasa dan istilah)

 

 

 Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Bahasa

Bid‘ah dari segi bahasa diambil dari kata بَدَعَ . Berkata Ibn Manzur (ابن منظور) rahimahullah:[1]
بدع الشيءَ يَبدَعُه بَدعا، وابتدعهُ: أنشأه وبدأه.
Telah membuat sesuatu bid‘ah (past tense), sedang membuatnya (present tense) dan bad‘an (masdar/ kata terbitan) bererti mengadakan dan memulakan.
Berkata Muhammad bin Abi Bakr al-Razi rahimahullah:[2]
بدع الشيء: اخترعه لا على مثال.
Membuat bid‘ah sesuatu bermaksud mengadakannya tanpa ada suatu contoh.
Dalam al-Mu’jam al-Wajiz disebutkan hampir sama seperti di atas iaitu mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya.[3] Demikian kesemua mu’jam bahasa arab menyebut makna yang hampir sama.
Inilah bid‘ah dari segi bahasa iaitu membuat sesuatu yang belum ada contoh sebelumnya.

 

 Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Istilah

Ta’rif (definisi) yang baik bagi perkataan bid‘ah dari segi istilah ialah ta’rif yang dikemukakan oleh al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi (الشاطبي)rahimahullah (790H)[4] dalam kitabnya  yang masyhur berjudul al-I’tishom (الاعتصام). Kebanyakan para pengkaji bersetuju bahawa al-Syatibi telah mengemukakan ta’rif  jami’ danmani’ ( جامع ومانع). &nbp;[5] Antaranya Dr. Ibrahim bin ‘Amir al-Ruhaili dalam tesis Ph.Dnya ketika membandingkan beberapa ta’rif yang dibuat oleh beberapa tokoh terdiri daripada Ibn Taimiyyah[6], al-Syatibi, Ibn Rajab dan al-Sayuti rahimahumullah, menyimpulkan bahawa ta’rif al-Syatibi adalah yang paling terpilih[7]. al-Syatibi mena’rifkan bid‘ah sebagai:[8]
طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه
Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

 

 Huraian al-Imam al-Syatibi Terhadap Ta’rif Bid‘ah

al-Imam al-Syatibi rahimahullah setelah memberikan ta’rif ini, tidak membiarkan kita tertanya-tanya maksudnya, sebaliknya beliau sendiri telah menghuraikan maksud ta’rif ini. Di sini dinyatakan beberapa poin penting huraian al-Imam al-Syatibi:
Pertama:
Dikaitkan jalan (طريقة) dengan agama kerana rekaan itu dilakukan dalam agama dan perekanya menyandarkan kepada agama. Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia ia tidak dinamakan bid‘ah, seperti membuat barangan dan kota. Oleh kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada apa yang ada asalnya dalam syariat dan kepada apa yang tiada asalnya dalam syariat, maka dimaksudkan dengan ta’rif ini ialah bahagian rekaan yang tiada contoh terdahulu daripada al-Syari’ (Pembuat syariat iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala).

Ini kerana ciri khas bid‘ah ialah ia terkeluar daripada apa yang digariskan oleh al-Syari’. Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid‘ah) segala yang jelas – sekalipun bagi orang biasa – rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmunahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak.
Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan, ilmu usul atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai bid‘ah.  Sesiapa yang menamakannya bid‘ah, sama ada atas dasar majaz (bahasa kiasan) seperti ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh yang menamakan bid‘ah solat orang ramai pada malam-malam Ramadhan, atau atas dasar kejahilan dalam membezakan sunnah dan bid‘ah, maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang.[9]
 
Kedua:
Maksud (تضاهي الشرعية) ialah menyerupai jalan syarak sedangkan ia bukanlah syarak pada hakikatnya. Bahkan ia menyanggahi syarak dari beberapa sudut:


  • Antaranya: Meletakkan batasan-batasan[10] seperti seseorang yang bernazar untuk berpuasa berdiri tanpa duduk, berpanas tanpa berteduh, membuat keputusan mengasing diri untuk beribadah, menghadkan makanan dan pakaian dari jenis tertentu tanpa sebab.[11]
     


  • Antaranya: Beriltizam dengan cara (kaifiyyat كيفيات ) dan bentuk (haiat هيئات ) tertentu.[12] Ini seperti zikir dalam bentuk perhimpunan dengan satu suara, menjadikan perayaan hari lahir Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan seumpamanya.
     


  • Antaranya: Beriltizam dengan ibadah tertentu dalam waktu tertentu sedangkan tidak ada penentuan tersebut dalam syarak. Ini seperti beriltizam puasa pada hari NisfuSya’ban dan bersolat pada malamnya[13] .


Kemudian bid‘ah-bid‘ah tersebut disamakan dengan perkara-perkara yang disyariatkan. Jika penyamaan itu adalah dengan perkara-perkara yang tidak disyariatkan maka ia bukan bid‘ah. Ia termasuk dalam perbuatan-perbuatan adat kebiasaan.[14]
Ketiga:
Maksud (يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله): “Tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah” ialah menggalakkan ibadah. Ini kerana Allah berfirman:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [al-Zariyat 51:56]
Seakan-akan pembuat bid‘ah melihat inilah tujuannya. Dia tidak tahu bahawa apa yang Allah tetapkan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan-Nya sudah memadai.[15]
Seterusnya al-Imam al-Syatibi menjelaskan:
Telah jelas dengan ikatan ini (yang dijelaskan) bahawa bid‘ah tidak termasuk dalam adat. Apa sahaja jalan yang direka di dalam agama yang menyerupai perkara yang disyariatkan tetapi tidak bertujuan beribadah dengannya, maka ia terkeluar dari nama ini (bid‘ah).[16]


 Kesimpulan Ta’rif al-Imam al-Syatibi

Daripada apa yang dita’rifkan dan dihuraikan oleh al-Imam al-Syatibi rahimahullah, dapat dibuat beberapa kesimpulan:


  1. Bid‘ah ialah jalan syarak yang baru di reka dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidak boleh dinamakan bid‘ah.


  2. Bid‘ah ialah sesuatu yang tidak ada asal dalam syariat. Adapun apa yang ada asalnya dalam syariat tidak dinamakan bid‘ah.


  3. Ahli bid‘ah menganggap jalan, bentuk, cara bid‘ah mereka adalah satu cara ibadah yang dengannya mereka mendekatkan diri kepada Allah.


  4. Bid‘ah kesemuanya buruk. Apa yang dinamakan Bid‘ah Hasanah yang membabitkan perkara-perkara duniawi bukanlah bid‘ah pada istilahnya.






[1]               Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, jld. 8, m.s. 6.
[2]               al-Razi, Mukhtar al-Sihah, m.s. 38.
[3]               al-Mu’jam al-Wajiz,  m.s. 40.
[4]               Beliau ialah Abu Ishaq Ibrahim bin Musa al-Gharnati (الغرناطي) Tokoh Andalus yang agung, bermazhab Malik. Seorang muhaddith, faqih (ahli fekah) danusuli (ahli usul fekah). Mengarang beberapa buah kitab yang agung. Kitab beliau al-Muwafaqat (الموافقات) menjadi rujukan utama dalam ilmu usul al-Fiqh. Bahkan beliau dianggap paling cemerlang dalam mengemukakan perbincangan Maqasid al-Syara’.Demikian juga kitab al-I’tishom ini mendapat pengiktirafan yang besar.
[5]               Sesuatu ta’rif yang baik hendaklah yang jami’ lagi mani’. Jami’bermaksud ia menghimpunkan unsur-unsur utama dalam ta’rif, sementara mani’bermaksud ia menghalang unsur-unsur yang tidak berkaitan masuk ke dalamnya.
[6]               Berkata al-Imam al-Sayuti (w 911H): “Ibn Taimiyyah: seorang syaikh, imam, al-`allamah (sangat alim), hafizd (dalam hadith), seorang yang kritis, faqih,mujtahid, seorang penafsir al-Quran yang mahir, Syaikh al-Islam, lambang golongan zuhud, sangat sedikit sepertinya di zaman ini, …salah seorang tokoh terbilang …memberi perhatian dalam bidang hadith, memetik dan menapisnya, pakar dalam ilmurijal (para perawi), `illal hadith (kecacatan tersembunyi hadith) juga fiqh hadith, ilmu-ilmu Islam, ilmu kalam dan lain-lain. Dia daripada lautan ilmu, daripada cendikiawan yang terbilang, golongan zuhud dan tokoh-tokoh yang tiada tandingan.”(al-Imam al-Sayuti, Tabaqat al-Huffaz, m.s. 516).
[7]               Dr. Ibrahim ‘Amir al-Ruhaili, Mauqif Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah min Ahl al-Ahwa wa al-Bida’, jld. 1, m.s. 90-92.
[8]               al-Syatibi, al-I’tishom, m.s 27.
[9]               al-I’tishom, m.s.27-28.
[10]             Maksudnya batasan-batasan yang tidak diletakkan oleh syariat.
[11]             Ini seperti jamaah tertentu pada zaman kini, dimana di kalangan mereka ada yang menganggap pakaian fesyen baju negeri atau bangsa tertentu seperti kurta India, atau gaya serban guru tarikat mereka sebagai pakaian agama.
[12]             Maksudnya yang tiada dalil syarak.
[13]             Saya menambah, terdapat sebuah hadith yang sahih mengenai kelebihan Nisfu Sya’ban, iaitu hadith:
طلع الله إلى خلقه في ليلة   النصف من  شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن.
Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuhan (orang benci membenci). Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. al-Albani mensahihkan hadith ini dalamSilsilah al-Ahadith al-Shahihah, jld. 3, m.s. 135. Namun hadith ini tidak mengajar kita untuk melakukan apa-apa amalan pada malam berkenaan seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat. Justeru para ulama seperti al-Imam al-Syatibi membantahkan amalan-amalan khas yang dilakukan pada malam tersebut.
[14]             al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 28.
[15]             al-I’tishom, m.s. 29.
[16]             al-I’tishom, m.s. 30. 

dirujuk:  http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/Bab4.htm  sekiranya ingin pencerahan ulama' mengenai bid'ah hasannah boleh klik terus disni.  

Solat tiang agama, hukum meninggalkan solat? (bagi muslim)

Segala puji hanya bagi Allah. Kita memujiNya, kita memohon keampunan dan pertolongan dariNya. Kita minta perlindungan dari Allah Azza wa Jalla, dari kejahatan amalan-amalan buruk dan hawa nafsu kita. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan olehNya, maka tidak ada yang dapat memberi petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba dan pesuruhNya.


Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitab Allah (al-quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW. Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang di ada-adakan dalam agama, seburuk perkara yang di ada-adakan dalam agama adalah bid'ah, dan setiap yang bid'ah adalah sesat, dan setiap yang sesat adalah di dalam api neraka.

amma ba'du.

salam, Penulis pada mulanya ingin menekankan tajuk ulasan iaitu mengenai Solat tiang agama dan hukum bagi yang meninggalkannya hanya bagi saudara islam. Seperti yang diketahui umum, solat bermula apabila hidayah Allah azza wa jalla sudah turun kepada seseorang individu yang dikehendaki. Maka sesiapa yang terima hidayah Allah pasti tidak akan sesiapa dapat memesongkannya lagi. Pada masa sekarang yang moden dari segi teknologi pembangunannya, pendidikannya, politiknya, tamadunnya dan sebagainya. Tetapi akidah islam pada zaman maju seperti sekarang ini nampak seperti "pudar" dan tiada lagi usaha pihak-pihak yang berperanan untuk menanamkan akidah islam yang benar pada jiwa setiap manusia di muka bumi ini, lagi-lagi negara yang bergelar "islam", islamnya nampak pada masjid, bangunan, dan bajunya. Tetapi mana pergi islam pada jiwanya? ini lah permasalahan yang timbul menjadi satu isu yang harus ditegaskan oleh semua yang berperanan, khasnya ingin membangkitkan isu meninggalkan solat, sesungguhnya solat adalah tiang agama. Ini ada menyebut dalam hadis Rasulullah SAW .


Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal , Nabi sollallahu ‘alaihi wassalam bersabda:


رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ


”Kepala segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat.”  (HR. at-Tirmizi no. 2825. Disahihkan oleh Shaikh Al-Albani dalam Sahih wa Dhaif Sunan At Tirmizi)

hadis lainnya lagi,

Daripada Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wassalam bersabda:


بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

“(Pembatas) di antara seorang muslim dan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat.” (HR. Muslim no. 257)

juga firman Allah Taala,


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ


“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.” (Al Hujurat : 10)

ayat-ayat di atas dalil bahawa solat itu adalah tiang agama islam, jika solatnya runtuh maka runtuhlah agama baginya.

Para ulama’ bersepakat bahawa orang yang meninggalkan solat dengan mengingkari kewajipannya, dia telah murtad dan kafir.  Akan tetapi para ulama’ tetap bersepakat meninggalkan solat adalah dosa yang besar.
pendapat Ulama' tentang sengaja meninggalkan solat

Pendapat pertama: Orang yang meninggalkan solat wajib dibunuh kerana telah murtad. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad, Sa’id bin Jubair, ‘Amir asy-Sya’bi, Ibrahim an-Nakhai, Abu ‘Amr,  al-Auzai’e, Ayyub al-Sakhtiyani, Abdullah Ibn al-Mubarak, Ishak bin Rahawiah, Abdul Malik Bin Habib (ulama’ mazhab Malik), sebahagian pendapat ulama’ mazhab Syafie. Di kalangan sahabat pula pendapat ini dipegang oleh Umar al-Khattab, Muaz Bin Jabal, Abdurrahman Bin Auf dan lain-lain.

Pendapat kedua : Orang yang meninggalkan solat dibunuh dengan hukuman had, akan tetapi tidak dihukum sebagai kafir. Ini merupakan pendapat Imam Malik, Imam asy-Syafie, dan salah satu pendapat Imam Ahmad.

Pendapat ketiga: Orang yang meninggalkan solat kerana malas adalah fasiq (pelaku dosa besar) dan dia wajib dipenjara sehingga dia mahu menunaikan solat. Ini merupakan pendapat mazhab Hanafi.



Dalil-dalil Al-Quran tentang orang yang meninggalkan solat.

1)      Allah Ta’ala berfirman:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا

“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan solat dan mengiut hawa nafsu. Mereka akan menemui al-ghoyya, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.” (Maryam : 59-60)


Ibnu Mas’ud radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa ‘ghoyya’ dalam ayat tersebut adalah sungai di neraka Jahanam yang makanannya sangat menjijikkan dan tempatnya sangat dalam.  (As-Solah, hal. 31)

Di dalam ayat ini, Allah menjadikan tempat ini –iaitu sungai di Jahannam- sebagai tempat bagi orang yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsu. Seandainya orang yang meninggalkan solat adalah orang yang hanya melakukan maksiat biasa, tentu dia akan berada di neraka paling atas, sebagaimana tempat orang muslim yang berdosa. Tempat ini (ghoyya) merupakan bahagian neraka yang paling bawah. Ia bukanlah tempat orang mukmin, sebaliknya tempat bagi orang kafir.

2)      Dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ

“Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka) adalah saudara-saudaramu seagama.” (At Taubah: 11).

Para Sahabat Berijma’ (Bersepakat), Meninggalkan Solat adalah Kafir

Umar radiallahu ‘anhu menyatakan:

لاَ إِسْلاَمَ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ


”Tidak ada Islam bagi orang yang meninggalkan solat.”

Daripada jalan yang lain, beliau berkata:

ولاَحَظَّ فِي الاِسْلاَمِ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ

“Tidak ada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.” (Dikeluarkan oleh Malik. Sa’ad di dalam At-Thabaqat, Ibnu Abi Syaibah di dalam Al Iman,  Ad-Daruquthni di dalam sunannya,dan Ibn Asakir. Hadis ini sahih, sebagaimana dikatakan oleh Shaikh Al Albani dalam Irwa’ al-Gholil no. 209)

Ketika Umar menyebutkan perkataan di atas,beliau sedang menghadapi sakaratul maut, tiada seorang sahabat pun yang mengingkarinya. Oleh kerana itu, hukum bahawa meninggalkan solat adalah kafir termasuk ijma’ (kesepakatan) sahabat sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn al-Qayyim dalam kitab As-Solah.

Kebanyakan sahabat Nabi menganggap bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah kafir sebagaimana dikatakan oleh seorang tabi’in, Abdullah bin Syaqiq. Beliau menyatakan:

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَرَوْنَ شَيْئًا مِنَ الأَعْمَالِ تَرْكُهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاَةِ

“Dahulu para sahabat Muhammad sollallahu ‘alaihi wassalam tidak pernah melihat suatu amal yang apabila ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali solat.” (Perkataan ini diriwayatkan oleh At-Tirmizi daripada Abdullah bin Syaqiq Al ‘Aqli seorang tabi’in dan al-Hakim menyatakan bahawa hadis ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadis ini adalah sahih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52.)

juga ulama' bernama Al-Imam Ibn al-Qayyim mengatakan, ”Tidakkah seseorang itu malu dengan mengingkari pendapat bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir, padahal hal ini telah disaksikan oleh Al Kitab (Al Qur’an), As Sunnah dan kesepakatan sahabat. Wallahul Muwaffiq (Hanya Allah-lah yang dapat memberi taufik).”




As-Sholah, hal. 56

sahabat dan ulama' mujtahid menyokong "ijma'" bahawa Solat adalah tiang agama dan perkara amalan utama dalam islam yang wajib diamalkan oleh semua orang yang bergelar islam . Maka dengan ini kita yang beragama islam harus wajib mengutamakan solat, kerana solat adalah tiang agama, jikalau solat kita rusak, agama kita pun turut sama rusak dan runtuh keseluruhannya. Saya menyeru kepada semua ibu bapa supaya jaga lah anak-anak yang masih kecil didik bersolat dan ajarkan islam itu dengan keseluruhannya, bukan utamakan solat sahaja tanpa persiapkan akidah sahih yang di ajarkan Nabi kepada para sahabat terdahulu, kemudian diturunkan wahyunya hinggalah sekarang. 

Sesungguhnya perkara amalan yang paling utama adalah "solat"

"sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum nyawanya sampai ke liang lahad, maka Allah menerima taubatnya "   (HR. Ahmad dan Tarmizi. dalam kitab Sahihul Jami' 6132)

wahallhualam.