Assalamualaikum,
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله
Mengenai tajuk di atas, saya ingin mengulas beberapa hal berkenaan artis malaysia yang dengan sinonim dengan 'islam' dan hampir kesemuanya adalah 'MELAYU'. Maka bila kita dengar bangsa 'melayu', seperti yang semua tahulah, bangsa melayu adalah bangsa kedua teramai menganut agama islam dan yang pertama adalah bangsa Arab. Artis Malaysia? mengapa dengan mereka? mengapa saya ingin mengulas beberapa hal berkaitan "ARTIS MALAYSIA"? pasti ada pihak yang di luar sana akan mengatakan "poyolah penulis ni, tak sporting langsung...biasalah depa kan artis" . Ya saya faham, mesti ada yang tidak puas hati barangkali apabila seorang penulis mengkritik artis 'kesayangannya' malahan gaya artis tersebut sama seperti mereka. Aduhai, saya pun mengeluh seketika, mengapa begitu taksub sekali ya mereka kepada artis-artis malaysia sehinggakan perkara mungkar pun tidak mahu untuk dipertikaikan?. Ada apa pada Artis Malaysia sehinggakan muda mudi kita terpengaruh akannya?. Jika mereka minat dengan pertunjukan artis malaysia dari segi penyampaian lagu, filem dan cara penyusunan kerja mereka, saya rasa itu adalah patut dan masakan pula bila artis ada buat sesuatu perkara mungkar yang 'MENGGELIKAN' kita semua dan kita pun terikut-ikut pantas tidak mahu diterima teguran?. Kebanyakan pengikut-pengikut artis yang memalukan ini hampir kesemuanya ISLAM pada agamanya. Maka tak wajarlah kita semua menilai seseorang berdasarkan kredibilitinya yang disanjung-sanjung di media massa. Saya bukan anti hiburan, tetapi disini saya ingin mendisiplinkan kita kepada hiburan serta tidak lah terpengaruh dengan "style" jahiliyyah sesetengah artis malaysia kini.
SESETENGAH ARTIS MEMPEROLOKKAN AYAT ALLAH
"Masyaallah" , " Allahuakbar" , "alhamdulillah" kebiasaannya ayat2 seperti ini dijadikan slogan lawak oleh mereka, dan lebih parahnya apabila artis membuat lawak dengan bercampurkan ayat-ayat Allah pasti penonton islam yang menonton akan tertawa, sebab apa ya? saya tak rasa pun ia begitu lawak malah rasa meluat, menyampak, geli dan nak termuntah pun ada. Apakah kita lupakah dengan hadis ini?
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)
dan juga firman Allah
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ
“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu telah kafir sesudah beriman.” (QS. At-Taubah 9: 65-66)
Semoga artis-artis yang mempermainkan ayat Allah ini diberikan hidayah olehNya, saya bimbang dengan pengaruh seperti ini, saya bimbang ia akan digunakan 'trend' oleh masyarakat islam kita sendiri, maka dengan sendirinya islam itu dipandang BODOH DAN JELEK oleh penganut agama yang lain, ini malah akan meruntuhkan lagi aqidah islam dan kekuatan isntitusi pemerintahan islam! ARTIS PERLU UNTUK BERUBAH!
Tambahan pula ada artis sewenang-wenangnya menggunakan gaya lawak mat salleh yang memperolok islam, apakah bodohnya kejahilan begini?!
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)
Demikian itulah, semoga dengan ayat-ayat di atas dapat membuka pemikiran muda mudi yang membaca, adalah belum terlambat untuk bertaubat, Allah telah berfirman
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.” (QS. Az Zumar 39: 53)
salah satu cita-cita saya adalah dapat lihat artis di malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih islamik dan menuntut syariat sepenuhnya. Amin
ARTIS MUNAFIK, SEGERALAH BERTAUBAT..PINTU TAUBAT SANGAT LUAS
Saya sedih melihat artis yang berada di "pentas lakonan" mengenakan"pakaian islamik menutup aurat serta berakhlak baik" hanya sewaktu pengambaran drama atau filem, kemana erti islam dalam dirimu wahai artis? kemana perginya maruah islammu? dan apabila artis berbuat begitu, seolah-olah islam ini sama sahaja dengan agama lain. Semua berpura-pura baik bila berhadapan orang ramai, tetapi di depan Allah tidak! ISlam itu syumul! bukan seperti agama lain yang hanya mementingkan ibadah ritual kepada tuhannya saja.
Masuklah islam itu sepenuhnya, janganlah jejaki ikutan syaitan..
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (al-baqarah ayat 208)
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (An-Nur ayat 21)
Saya rasa semua ini tidak berlaku jika artis wanita malaysia ini mendisiplinkan kerjaya mereka, dan mengamalkan islam yang sempurna. Lakonan islamik boleh buat mengapa "kehidupan islamik" tidak mampu? ya, di TV sekarang begitu banyak drama bersfiat lebih islamik. Tahniah ke atas pegarah filem kerana anda telah menaikkan semula nama islam di media massa!! tetapi sayangnya artis-artis kita tidak mengamalkan keseluruhannya.
ada pula di rancangan tv menggunakan tajuk drama nya "tudung ekspres"tajuk yang baik, tetapi tidak kene kepada syariat yang betul, dapat kita lihat melalui pakaiannya itu sudah memadai, dengan TUDUNG YANG BONJOL
hal ini telah Rasulullah memperingatkan seperti mana hadis ini
صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
berbalik ke pangkuan jalan...
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Ertinya : Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu (Muhammad: 19)
Jika hatinya merenungkan keburukan perbuatannya, serta ia menyedari dosa-dosa yang ia perbuat itu, nescaya dalam hati akan terdetik keinginan untuk bertaubat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat itu. Kemudian Allah SWT akan membantunya dengan menguatkan tekadnya itu, melakukan tindakan pemulihan atas dosa-dosanya, serta melakukan perbuatan-perbuatan yang diperlukan dalam taubat. (Risalah Qusyairiah dengan tahqiq Dr. Abdul Halim Mahmud, dan Dr. Mahmud bin Syarif, (1/ 254, 255)
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ertinya : Katakanlah: ""Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)
إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَـئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيم
Ertinya : " Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang" ( Al-Furqaan : 70 ).
Menangislah sepuas-puas akan kesalahan dirimu wahai artis dan peminat... tidak rugi jika kita mengamalkan islam yang sempurna.. Semoga semakin ramai artis dan rakyat jelata islam akan berbalik kepada pangkuan Allah azza wa jalla... AMIN AMIN...
wallahu'alam

No comments:
Post a Comment