Assalamualaikum,
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله.
إِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
Apabila seseorang itu mula tertarik dengan dakwah islam, tidak terkata apa bila melihat dunia luar yang luas dan merasakan Allah membimbingnya ke jalan yang benar dan berdiri di atas paksi tauhid yang lurus. Tidak ketinggalan bahawa ada segelintirnya merasakan takut untuk mengamalkan sunnah-sunnah rasul, kerana apa? ya, kerana takut akan diketawakan dan disishkan ramai orang sekellingnya. Usah biarkan nafsu dan psikologi manusia mempengaruhi diri anda wahai remaja yang cintakan islam. Bila lagi hendak kita kembali kepada agama Allah yang lurus? mengamalkan Sunnah-Sunnah rasul? tinggalkan lah perasaan ego dalam diri kita. Marilah ke arah yang dituju oleh kita semua!
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (as-Syaff:2-3)
Lihat lah, begitu ditekankan kepada kita semua bahawa Allah tidak suka bila kita selalu ucap di mulut kita dan sekadar berniat, tetapi tidak melaksanakan. Apa kewajipan kita jika kita bila tahu tanggungjawab yang harus kita pikul? adakah dengan perasaan ego dalam diri kita boleh mengubah segalanya? tidak bukan?. Maka janganlah gusar jika diri kita kadangkala asing dalam beberapa perkara dengan masyarakat sekeliling.
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) (al-an'am:116)
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu. (al-Baqarah:147)
Allah azza wa jalla telah berfirman, bahawa janganlah mudah terpercaya dengan beberapa masyarakat sekeliling jika mereka tidak faham dengan agama islam yang benar, mereka sangka islam itu hanya dari segi ibadah dengan Allah. Mereka salah sama sekali, agama islam adalah bersifat syumul (lengkap meliputi seluruh aspek hidup) jadi bila orang sekeliling yang kurang fahamannya dengan agama akan menyangka kita adalah orang yang pelik, hanya kerana kita sungguh-sungguh mengamalkan sunnah? ada juga orang yang bertanya "eh, kenapa kau suka buat kerja-kerja dakwah ni? aku tengok kau suka sebarkan risalah-risalah di masjid, pelik aku tengok" ataupun ada yang akan berkata begini " bro, kenapa solat di masjid? zaman sekarang solat di rumah sudahlah, pelik aku tengok kau" adakah dengan kata-kata begini membuatkan kita merasa luntur untuk beramal sunnah yang baik?. Apakah kalian ingat dengan pesanan Rasulullah SAW kepada kita?
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan sebuah hadis, di mana beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيْبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيْبًا. فَطُوْبىَ لِلْغُرَبَاءِ.
"Sesungguhnya Islam bermula asing, dan ia akan kembali menjadi asing sepertimana ia bermula; maka berbahagialah orang-orang yang asing itu." [ Sahih - Diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab al-Iman: Bab: Bada al Islam Ghariba, jld. 2, ms. 354, no: 370, Ibnu Battah dalam Kitab al-Iman, jld. 1, ms. 172, no: 605 dan lain-lain.]
di dalam riwayat yang lain, ada sambungannya daripada hadis di atas
'Abd Allah bin 'Amr al-'Ash radhiallahu'anhu meriwayatkan bahawa pada suatu ketika Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam pernah ditanya mengenai makna al-Ghuraba', baginda shallallahu'alaihi wasallam menjawab dengan sabdanya:
أناس صالحون في أناس سوء كثير من يعصيهم أكثر ممن يعطيعهم.
Orang-orang soleh yang berada di tengah banyaknya orang-orang yang buruk, orang yang menderhakai (menentang sunnah) mereka lebih banyak daripada mentaati mereka.
( H/R Ahmad 2/177,22 dan disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiq Musnad Imam Ahmad 6/207, no. 6650.)
Maka apa yang dijelaskan Nabi kepada kita adalah sangat menyentuh sekali, tidak lah Nabi tinggalkan Umatnya yang soleh begitu sahaja dan orang-orang "asing" yang soleh itu adalah amat beruntung, tidakkah rugi apabila kita meninggalkan sunnah hanya kerana takut menjadi al-Ghuraba' (asing)? Allah menjanjikan apa yang dijanjikan
Allah berfirman:
"Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?" [An-Nisa 4:122]
Abu ‘Ali al-Fudhail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata:
"Berpeganglah pada petunjuk (kebenaran). Janganlah engkau tewas disebabkan hanya segelintir sahaja yang melakukannya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan golongan (ramai) yang telah rosak." [ Muhyidin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi, al-Azkar, Mu’assasah Fuad Ba’inu li al-Tajlid, Beirut, ms. 225-226]
Sesungguhnya Ahl al-Sunnah mereka adalah manusia yang sedikit jumlahnya pada zaman-zaman yang telah lalu dan mereka juga sedikit jumlahnya pada masa yang akan datang. Mereka ialah orang-orang yang tidak pergi bersama-sama dengan golongan yang mewah dalam kemewahan mereka. Dan tidak pula pergi bersama-sama dengan Ahl al-Bid’ah dalam melakukan bid’ah-bid’ah mereka. Mereka tetap bersabar di atas sunnah mereka sehinggalah mereka menemui Tuhan mereka. maka begitulah keadaan Ahl al-Sunnah, Insya Allah. Maka hendaklah kamu seperti mereka. - Lihat Ilmu Ushul al-Bida’ karya Syeikh Ali bin Hasan al-Halabi, ms. 272.
Sementara itu, Sufyan al-Tsauri rahimahullah pula berpesan bahawa:
Aku wasiatkan kalian untuk tetap berpegang kepada Ahl al-Sunnah dengan baik, kerana mereka adalah al-Ghuraba'. Alangkah sedikitnya Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. - Lihat Syarh Ushul I'tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah 1/71, no. 49 dan 50
demikian inilah yang ingin disentuh, dan termasuk penulis muhasabah diri bersama :) insyaallah jika niat ikhlas untuk menuntut syariat islam, maka akan dipermudahkan oleh Allah azza wa jalla.
wallahua'lam

No comments:
Post a Comment