Assalamualaikum,
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله.
إِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
ammaba'du
Seperti biasanya manusia yang bergelar islam pada agamanya tidak henti-henti mengharapkan pertolongan daripada Allah azza wa jalla walaupun keadaan seseorang itu macam mana sekalipun. Walaupun ada mereka dari kalangan yang 'jahil moden' di kala dunia yang meruncing ini, mereka tetap mengharapkan ehsan daripada Tuhannya yakni Allah. Adapun mereka ini daripada kalangan keluarga yang kaya raya hartanya dan serba mewah hidupnya, namun masih ada lagi kekurangan pada dirinya dan akan selalu berkata begini "Ya Allah, tolonglah aku" dengan sifat rendah dirinya dan tawakal. Ingatlah, Allah berfirman di dalam al-quran bahasawanya mengingatinya akan mengisi ruang-ruang kosong dalam jiwa kamu.
اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-ra'ad:28)
setiap hamba Allah yang mengakui adanya Allah dan mengucap dua kalimah syahadah pasti akan teringatkan Allah, tidak kiralah pada masa susah,kesempitan dan dukacita. Akan tetapi ingatlah bahawa dengan niat yang ikhlas untuk berbalik ke pangkal jalan bukanlah dengan lakonan sesetengahnya seperti dalam tv drama yang selalu menyusah-nyusahkan orang lain untuk berbuat kebaikan disisi Allah, mereka melakonkan watak orang yang baik disisi Allah hanya dengan mengenakan pakaian ala-ala pengembara di padang pasir. Dengan jubahnya, janggutnya, kopiahnya, seliparnya, dan tasbih yang agak panjang berjelar dilipat di tangannya sambil berzikir duduk masjid hampir satu hari. Islam bukan melihat pada luarannya sahaja, tetapi Iman, Ilmu dan amal. Seperti di dalam hadis Nabi yang berbunyi
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
اكْلَفُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْعَمَلِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ وَكَانَ إِذَا عَمِلَ عَمَلًا أَثْبَتَهُ
"Kerjakanlah suatu amalan itu sesuai dengan kemampuan kalian, kerana Allah tidak akan bosan (untuk menerima amalan tersebut) sehingga kalian yang bosan (melakukannya), sesungguhnya amalan yang paling di cintai Allah adalah yang dikerjakan secara terus menerus walaupun sedikit" [HR Abu Dawud, disahihkan oleh syaikh al-Albani]
لَا يَرُدُّ الْقَدَرَ إِلَّا الدُّعَاءُ وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمُرِ إِلَّا الْبِرُّ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيبُهُ
"Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali do'a dan tidak ada yang dapat menambah usia kecuali kebaikan. Sesungguhnya seseorang itu benar-benar akan terhalang dari rezekinya kerana dosa yang dia lakukan" [HR Ibnu Majah: 4022, Ahmad: 21379, Ibnu Hibban: 1090, Hadis hasan
Bukan dijadikan alasan kita untuk jadi hamba yang baik disisi Allah hanya kerana kita memandang orang lain lebih mulia dan jaguh dari kita, ayat di atas jelas bahawa dengan amalan sedikit(yang stabit dengan syariat Allah) adalah Allah menerimanya walaupun sekecil manapun, dan dengan doa yang tulus ikhlas dapat membantu kita sebagai hambaNya mendapat balasan yang baik-baik. Tak usahlah terpedaya dengan sikap sesetengah pendakwah yang ekstrem dengan arus fikrahnya, mereka tidak lain hanya bongkak dan sombong dengan manusia-manusia yang cetek ilmu daripada mereka, dan dijadikan ilmu agama yang mereka miliki untuk dilagakan di depan orang ramai. Walhal syurga itu hanyalah milik Allah, bukan milik sesiapapun atau manhaj manapun yang dikatakan "confirm" masuk syurga.
buktinya Allah hanya meredhai agamanya sahaja, bukan mana-mana pemikiran pendakwah yang bongkak!
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni`mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu" (al-Maidah: 3)
تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ
"Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa." (al-Qasas : 28)
Apabila datangnya ayat Allah begini, maka dapatlah kita ketahui bahawa agama islam yang sudah dicukupkan Allah dan diutuskan Rasul untuk membimbing umatnya ke jalan yang benar, dan jauhilah daripada sifat takabbur(sombong) kerana orang yang selalu mempunyai ilmu tinggi dan harta yang banyak, tidak terkecuali ada perasaan ini. Ketaqwaan kepada Allah adalah salah satu jalan yang terbaik untuk menyelamatkan diri daripada binasa di akhirat kelak, meskipun diri ini tidaklah punya amalan yang soleh seperti solehnya orang2 yang terdahulu, sehingga ditimpakan ujian yang berat-berat bagi mereka dan rasul. Namun pertolongan Allah itu sangat dekat :)
Allah berfirman:
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalankeluar.Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapayang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allahtelah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" [Ath-Thalaq 65:2-3]
ikhlaskan lah diri menuntut ilmu dan beramal dengan ilmu yang ada,
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
"Barangsiapa meniti jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahnya jalan ke surga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keridhaan kepada penuntut ilmu. Orang yang berilmu akan dimohon kemaafan oleh penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut. Kelebihan seorang alim dibanding ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bagian yang banyak." [HR Abu Dawud: 3157, disahihkan oleh syaikh al-Albani]
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kalian dan juga harta kalian, akan tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kalian" [HR Muslim no. 4651]
Oleh yang demikian, kita sebagai hamba Allah yang sememangnya ikhlas dan berniat untuk beramal sunnah, buatlah dan ia amat baik dan mulia disis Allah azza wa jalla, adapun kita yang dha'if ilmunya, tetapi perlu lah kita meng'ikhlas'kan diri kita supaya tidak mempelajari sesuatu amalan itu hanya untuk di pertunjukkan yang kita adalah orang yang soleh. Ingatlah wahai pemuda-pemuda islam bila lagikah kalian hendak memulakan amalan sunnah Rasul? kenapa hanya bercakap sahaja? cukupkah sekadar niat? Ingatlah, dunia hanya tempat singgahan, beramal soleh adalah kerja yang sangat mulia disisi Allah dan RasulNya.
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (Ar-ra'd:11)
marilah ke arah ketaqwaan kepada Allah azza wa jalla
وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ
Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan (asy-syuro:25)
wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment