Assalamualaikum,
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله
Sudah beberapa masa ini saya sering berjumpa dengan ustaz-ustaz 'kartun' yang selalu mengarang artikel mengenai 'cinta' dan mereka menafsirkan cinta itu adalah melalui akad nikah dan selepas itu cinta, sebenarnya islam ini melarang cinta atau tidak? Islam tidak membenarkan seseorang itu untuk berkenalan terlebih dahulu sebelum kahwin? Ya syeikh! islam bukan agama yang melarang fitrah!! islam agama yang datang dengan wahyu lalu mendukung sesuatu itu ke arah yang lebih berdisiplin! bukan akal pandaimu boleh sesuka hati menghukum sesuatu itu sebelum mendatangkan nas yang sahih dan ijtihad ketetapan yang mengikut kesesuaian situasi. Seperti mana hadis ini
DIRIWAYATKAN DARI IMAM KHATIB AL-BAGHDADI RA (ABU BAKR IBN ALI BIN SABIT ) DENGAN SANAD YANG SAHIH BAHAWA TELAH BERKATA SUFYAN AS- SAURI RA " AGAMA INI DIBINA DENGAN ASAR -ISTINBAT AL-QUR'AN DAN SUNNAH SERTA APA YANG DIRIWAYATKAN DARI PARA SAHABAT YANG MEMBAWA KEPADA MAKSUD SYARIAH (AL-QUR'AN & SUNNAH)- DAN BUKANLAH AGAMA INI DIBINA DENGAN AKAL."
Maka dengan turunnya wahyu itulah agama islam berbentuk sempurna dan meliputi keseluruhan hidup.
USTAZ KATA KITA TAK BOLEH TAHU PASANGAN KITA SEBELUM KAHWIN
Ustaz kata gini-gini dan itu ini, malangnya situasi di negara bebas ini apabila sering taqlid akan kata-kata ustaz yang sekadar hanya menambah beberapa nas dan "ada ulama' kata" tidaklah meluaskan pemikiran muda mudi sekalian, apabila nas dibohongi dengan penafsiran akal seorang ustaz! maka keluarlah yang ini haram yang itu wajib. Dikala zaman moden lagi maju berteknologi ini dan manusia bukan lagi bodoh! keluasan penggunaan internet, buku, dan sumber-sumber pengatahuan terlalu luas! masakan ustaz 'kartun' masih tetap meracuni pemikiran anak muda mudi di sekitar negara ini?. Ada juga manusia yang jadi pengikut 'setia' walaupun sudah terpampang kebodohan seorang yang diikut itu!.
Maka apakah kita tidak boleh mengenal dan berhubung langsung dengan pasangan kita jika belum akad nikah?! sejauh manakah kesahihan berita ini? ya, saya sering dengar ada juga ustaz kartun berkata begini "kami dahulu pun bukan kenal satu sama lain, tiba-tiba kahwin.. ha, dengan restu ibu bapa kami bahagia sampai sekarang" Ya syeikh! kita bukan boleh bicara soal bahagia atau tidak! Sedangkan Nabi memahami umatnya. Ini soal masa depan, bukan cerita kartun sufi bodoh yang direka cipta hanya untuk menjaga nama dan kredibiliti seorang yang 'petah cakap'!
Abi Sa’id r.a yang berkata bahawa seorang lelaki datang bersama anak perempuannya kepada Nabi s.a.w lalu berkata:“Sesungguhnya anak perempuanku ini enggan dikahwinkan.” Lalu baginda bersabda kepadanya (anak perempuan itu): “Taatlah kepada bapamu.” Maka, perempuan itu menjawab: “Tidak, sehingga engkau memberitahu aku tentang hak suami ke atas isterinya.” Maka, Nabi menjawab pertanyaan itu dengan bersabda: “Hak suami ke atas isterinya ialah sekiranya suami itu mempunyai luka yang berdarah dan bernanah di seluruh badannya kemudian jika dijilat oleh isterinya itu sekalipun, maka belumlah lagi tertunai kewajipan isterinya itu.” Lalu perempuan itu berkata: “Demi jiwa yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, sesungguhnya aku tidak akan berkahwin selama-lamanya.” Lalu baginda bersabda: “Janganlah menikahkan mereka (perempuan) kecuali dengan izin mereka.”-[Hadis hasan riwayat Ibnu Abi Syaibah, no. 17116].
Hadis di atas apabila dilihat, Nabi pun diminta oleh seorang wanita untuk menghalangi dirinya daripada dikahwin paksa tanpa kehendaknya, Nabi katakan “Janganlah menikahkan mereka (perempuan) kecuali dengan izin mereka.” macam mana dengan dakwaan ustaz kartun mengatakan bahagia? lihat! Nabi memahami umatnya!
ISLAM MEMBENARKAN UNTUK MENGENALI SATU PASANGAN SEBELUM NIKAH
Demikian juga islam itu agama yang diturunkan daripada wahyu bukan akal, jika dapat dilihat di zaman sahabah banyak telah diriwayatkan oleh imam-imam hadis berkenaan pasangan yang mengenali antara satu sama lain sebelum kahwin, dan antaranya adalah
Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :
Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).
Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).
" Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).
Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)
Maka begitulah antara dalil-dalilnya, jadi disini saya merasa hairan dengan dakwaan ustaz kartun di sekitar kita, manakah dalil mereka mengatakan cinta dan berkenalan sebelum kahwin tidak dibenarkan dan ia membawa kepada zina?! itu semua tertakluk kepada niat hubungan pasangan tersebut, jika niatnya untuk mempersuami atau memperisteri maka sudah tentu dibenarkan syarak serta itu semua sudah diberi petunjuk oleh as-sunnah dalam melangkauinya.
IBU BAPA TAK RESTU KAMI BERCINTA DAN SYURGA BAWAH TAPAK KAKI IBU
Malangnya ya seringkali berjumpa dengan beberapa golongan memang anti 'cinta' dan mendahului adat daripda SUNNAH. Bak kata orang "biar mati anak jangan mati adat" apakah sejauh dungunya pemikiran begini?! kemanakah islammu! kemana perjuangan al-quran dan sunnah Nabi! adakah ini semua cakap ustaz kartun? ya, seperti yang kita tahu siapa yang belajar fiqh mereka terkenal dengan satu fatwa imam syafi'e, imam syafi'e di dalam fatwanya berkata bapa boleh paksa anak kahwin dan hujahnya adalah kerana ia wali mujbir.
Namun jika kita lihat dengan situasi sekarang, adakah ia sesuai dengan kehendak? saya rasa jika imam syafi'e datang semula mesti beliau menarik semula fatwanya. Seperti beli air di mesin, adakah perlu lafazkan seperti di dalam fatwa mazhab syafi'e?! Ya syeikh! islam itu berubah mengikut zaman tetapi tetap dengan prinsip asas!!
Kita berbalik semula soal paksa anak kahwin dan tidak restu, baik kita lihat firman Allah
وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلا تَعْضُلُوهُنَّ أَنْ يَنْكِحْنَ أَزْوَاجَهُنَّ إِذَا تَرَاضَوْا بَيْنَهُمْ بِالْمَعْرُوفِ ذَلِكَ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ مِنْكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكُمْ أَزْكَى لَكُمْ وَأَطْهَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
Apabila kamu menalak istri-istrimu, lalu habis idahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kawin lagi dengan bakal suaminya, apabila telah terdapat kerelaan di antara mereka dengan cara yang makruf. Itulah yang dinasehatkan kepada orang-orang yang beriman di antara kamu kepada Allah dan hari kemudian. Itu lebih baik bagimu dan lebih suci. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-baqarah ayat 232)
Ingatlah wahai IBU dan BAPA! restu Allah itu lebih diberkati, sampai bila kalian mengongkong pemikiran anak hanya dengan 'adat' kononnya?
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." An-Nur 32
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." Ar-Rum (30) : 21
Justeru kita sebagai seorang yang cintakan islam, adalah sunnah didahulukan. Bukan islam melarang cinta, tetapi islam mendisiplinkan terhadap cinta dan perlulah mengerti akan keperitan anak-anak di satu masa hadapan nanti, adakah kita rela melihat anak perempuan kita diceraikan kerana pilihan 'bodoh' kita? Ingatlah, Allah maha mengetahui akan apa setiap perbuatan kita. Pilihan ibu bapa bukan semestinya menjamin kebahagiaan anak, biarlah kebahagiaan itu ditentukan anak dengan doa dan pencarian redha Allah taala.

No comments:
Post a Comment