Powered By Blogger

Wednesday, January 19, 2011

Konsep Dakwah: Tauhid dan jamaah

Assalamualaikum,

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له  ونشهد أن محمدا عبده ورسوله



وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

dan Kami telah utuskan pada setiap umat seorang Rasul supaya mereka menyeru: “Hendaklah kamu menyembah Allah dan menjauhi Taghut...” [al-Nahl: 36].

Turunnya Nabi setiap zaman adalah untuk membersihkan kehidupan masyarakat yang rosak dan tergendala agar tersusun yang selari dengan garis panduan islam, fokus utama Nabi yang utama Tauhid, iaitu mengakui Keesaan dan memperabdikan diri sepenuhnya kepada Tuhan semesta alam. Lalu apa dikatakan sebagai Tauhid? ya, Tauhid, sebagaimana telah dijelaskan di dalam ayat-ayat di atas adalah menyembah/beribadah semata-mata kepada Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Inilah tauhid yang sentiasa didengung-dengungkan oleh para nabi dan rasul kepada kaumnya dan yang menjadi tujuan utama dakwah mereka (lihat Fath al-Majid, hal. 15, al-Qaul al-Mufid [1/7]).  

Motto setiap muslim adalah : 

قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya salat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. (an'am ayat 162)

seperti mana firman Allah lagi di dalam surah Adz-Dzariat ayat 56 iaitu Jin dan Manusia diciptakan tidak lain adalah untuk beribadah kepada Allah sekian tuhan.



AKIDAH ISLAM MENYERU KESATUAN UMMAT?

Apakah kaitan akidah islam dengan kesatuan? ya, bermulanya akidah islam yang kukuh tertanam di dalam diri setiap insan, maka disini lah puncanya kesatuan yang menyeru kepada "bersatu". Islam bukan agama yang berkepentingan sendiri, bukan agama yang berkumpulan, tetapi islam adalah agama yang menyeru kepada makruf, dan mencegah yang mungkar. Seperti firman Allah

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (an-Nahl ayat 125)

juga firmannya lagi

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (al-Imran ayat 104)

Nabi pada mulanya mentarbiyahkan sahabatnya yang kecil, sehingga sahabatnya itu mentarbiyahkan sekelompok yang lain, lalu dengan sendirinya satu jemaah yang diseru kebaikan ini terbina dengan tamadun yang kuat terbina kukuh di atas bumi madinah dan seluruh tanah arab. 

perkara yang Nabi dahulukan dalam berdakwah adalah dua konsep iaitu:

1. Tarbiyah = mengajak, memperbaiki orang melakukan amal soleh serta beriqtikad akidah islam 
2. Tafsiyah = memperluaskan, mendukung manhaj lurus, mempengaruhi orang lain ke arah islam

Dalam Konsep pertama iaitu Tarbiyah, apakah yang di dahulukan?

1. Tauhid = Mengakui Keesaan Allah yang maha pencipta sekalian alam
2. Aqidah = menanamkan serta beriqtikad di dalam jiwa bahawa Allah itu Tuhan sekalian alam dan beribadah sepenuhnya hanya untuk Nya, tiada syirik yakni menduakan Allah dalam pelbagai kaifiyat(tatacara) dan syubhat lainnya.

Kedua adalah Tafsiyah, apakah yang didahulukan?

1. Kesatuan = mempersebar luaskan fahaman islam ke serata Ummah dan mengajak kepada Ummah yang bersatu di bawah bumbung Islam.

2. penyeruan = Menyeru manusia untuk mengamal yang makruf disisi islam serta menjauhi segala kemungkaran.



BERAMAL DAN MEMPRAKTIKAN ILMU AGAMA

Seperti kita ketahui, agama ini didorongi dengan akidah/iman=ilmu=amalan.

Bukti kita berittiba' dengan Sunnah Rasulullah dan ajaran islam adalah 'amalan' selepas berilmu, kadangkala berilmu tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah. Amal ini juga termasuk dalam ciri-ciri dakwah, jikalau tiada amal oleh sang penyeru islam, masakan ada orang mahu mengikutinya? Sebab itu para ahli gerakan islam mengatakan dakwah ini termasuk dalam "menyeru dan memperbaiki diri". Kerana dalam masa kita menyeru, sama-sama kita memperbaiki setiap amalan dengan ilmu dan ketaqwaan diri kepada Allah azza wa jalla. 

Firman Allah taala:

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang gaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan". (at-Taubah ayat 105)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kami lah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. (at-Taubah ayat 24)

Semoga kita semua dalam diredhai Allah semasa mengamalkan islam. Jadilah kita sebagai penolong agamaNya dan untuk diri juga, sesungguhnya dunia tak lain hanyalah ujian, Syurga adalah impian para tentera Allah yakni orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.



BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH

Namun di dalam kegigihan kita berdakwah, adakala kita berpuak-puak. Janganlah begini suadara islam, Nabi diturunkan untuk menyatukan jamaah islam itu supaya teguh berdiri di dalam satu barisan untuk menentang si pemusnah agama yakni kafir yang memerangi Islam. ada yang bertanya begini, "kalau tak berpuak, kenapa mazhab feqah terbahagi 4? dan selebihnya pun?"  Saya akan kata begini " Islam yang dimaksudkan jangan berpuak adalah menubuhkan parti-parti dalam satu Negara islam, tubuhkanlah satu institusi yang mengajak keseluruhan mukmin untuk berdiri bersama-sama saling menasihati antara satu sama lain."  Mazhab feqah barangkali itu bukan perpecahan dan hizbi, itu adalah kefahaman dan aliran tentang hukum feqah islam, di zaman para sahabah pun, seperti Ibn Umar, Ibn Abbas, Ibn mas'ud dan lainnya yang faqih tentang feqah islam tidak melarang sama sekalipun untuk tidak mengiktiraf pandangan orang lain, selagi mana ia beralasan dengan al-quran dan sunnah yang sahihah.

Sebenarnya apa dikatakan tidak boleh berpecah adalah:=

1. menubuhkan parti bertujuan untuk memusuhi, mementingkan diri, mengangungkan puak sendiri melebihi lain
2. menubuhkan parti untuk bersombongan dan berhasad dengki

dan apa yang dikatakan bersatu adalah membina satu jemaah komuniti atau institusi yang menyeru kepada penyatuan Islam, tidak kira manhaj apapun. Bersatu di bawah bumbung islam.

Seperti mana Allah kata di dalam al-quran:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (al-Imran ayat 103)

وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
 
Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat”. (Ali Imran:105)

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ

“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka”. (Al-An’am:159)

Bangunlah!! bersatulah!! janganlah kalian berselisihi!!!  ya ikhwan dan akhwat! sesungguhnya Allah memurkai akan perpecahan dan bergolongan!!  Islam sudah menampakkan kejelekan pada mata dunia!! bangun! bangun untuk terus merealisasikan Islam di hadapan dunia!

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ

“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu[971] dan aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah aku”. (Al-Anbiya:92)

وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ

“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu[1006], dan aku adalah Tuhanmu, Maka bertakwalah kepada-Ku”. (Al-Mu’minun:52)

Sabda Nabi SAW kepada kita agar untuk bersatu:

مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم كمثل الجسد الواحد، إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الأعضاء بالسهر والحمى

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal bagaimana mereka saling mencintai, saling mengasihi dan saling menyayangi adalah seperti satu tubuh. Apabila ada sebagian dari tubuhnya sedang sakit, maka bagian tubuh yang lain turut merasakannya, sehingga membuatnya tidak bisa tidur dan demam”. (Muslim)

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضًا

Seorang mukmin bagi mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya”. (Bukhari  Muslim).

Ada yang bertanya kepada saya, "Sufi, asyairah, syiah, tareqat, salafi, tabligh dan lain-lain adakah perlu juga dimasukkan ke dalam satu jemaah islam?! bukankah aqidah mereka berbeza?"  Saya katakan semula, " Sebenarnya zaman bila tiadanya manhaj? :) di zaman Nabi pun sudah ada fikrah khawarij, namun Nabi tetap bersatu teguh di dalam Negaranya dan terus memperbaiki kesalahan-kesalahan ummat"

Sebenarnya begini konsep kita hendak bersatu:

1. Setiap Manhaj yang mengakui beriqtikad dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka ia diiktiraf dalam satu jamaah dan ia bersama kita dan sesiapa yang bukan mengiktirad keduanya ini maka ia terkeluar dengan jamaah islam kita.

ada lagi soalan yang saya terima begini:  " macam mana jika mereka dlam satu jamaah itu bergaduh kerana berlainan aqidah? ada asyairah, muturidiah, salafi, sufi dan lainnya"

jawapan saya begini: Sebenarnya Islam itu adalah Nasihat seperti ungkapan kita "Ad-deenu nasihah" kepada siapa perlu dinasihati? kepada Pemimpin dan Ummat masyarakat. Sekiranya kita menggunakan jalan menasihati jamaah kita, tidak berlaku pergaduhan dan perselisihan manhaj, Kerana masing-masing kan mengiktiraf pandangan"

dan kita sentiasa mentarbiyah mereka kepada aqidah yang difahami selepas Rasulullah yakni sahabat, tabi'en dan seterusnya menurutinya.

MENDIDIK LAH WAHAI SAUDARAKU SEISLAM, BILA MANA AQIDAH NYA TIDAK SELARI DENGAN ISLAM, ADALAH KEWAJIPAN KITA MENDIDIK SAHABAT KITA DAN MASYARAKAT, SEKIRANYA JALAN INI DIGUNAKAN, TIADA MASALAH KITA BERSATU DI BAWAH BUMBUNG.


APA ITU AL-JAMAAH? 

Fatwa Lajnah Daa'imah, KSA Diketuai oleh Ibn Baaz

فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء - (ج 3 / ص 342)أقرب الجماعات الإسلامية إلى الحقالسؤال الأول من الفتوى رقم (6250):س1: في العالم الإسلامي اليوم عدة فرق وطرق الصوفية مثلًا: هناك جماعة التبليغ ، الإخوان المسلمين ، السنيين ، الشيعة ، فما هي الجماعة التي تطبق كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم؟

ج1: أقرب الجماعات الإسلامية إلى الحق وأحرصها على تطبيقه: أهل السنة : وهم أهل الحديث ، وجماعة أنصار السنة ، ثم الإخوان المسلمون .وبالجملة فكل فرقة من هؤلاء وغيرهم فيها خطأ وصواب، فعليك بالتعاون معها فيما عندها من الصواب، واجتناب ما وقعت فيه من أخطاء، مع التناصح والتعاون على البر والتقوى.وبالله التوفيق. وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم.اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء

عضو // عضو // نائب رئيس اللجنة // الرئيس //

عبد الله بن قعود // عبد الله بن غديان // عبد الرزاق عفيفي // عبد العزيز بن عبد الله بن باز //

Soalan:

Dalam dunia Islam hari ini terdapat beberapa kelompok dan tariqat kesufian. Terdapat Jama'ah At Tabligh, Al Ikhwan Al Muslimin, Sunni, Syi'ah. Maka apakah jama'ah yang menerapkan kitab Allah dan Sunnah Rasulnya  ?

Jawapan:

Jama'ah yang paling hampir kepada kebenaran dan yang paling menjaga untuk menerapkannya ialah Ahl As Sunnah dan mereka adalah Ahl Al Hadeeth dan Jama'ah Ansaar As Sunnah dan kemudian Al Ikhwan Al Muslimuun. 

Secara umumnya setiap kelompok tersebut dan selainnya terdapat betul dan salah pada mereka. Hendaklah engkau bekerjasama dengan mereka pada perkara yang benar dan menjauhi kesalahan yang ada pada mereka. Nasihat-menasihatilah dan saling bekerjasamalah dengan mereka pada perkara kebajikan dan taqwa.

Wabillah At Tawfiiq...




Justeru itu, marilah bersama-sama memahami dakwah dan intikandungan islam dengan menyeluruh, yang mana mengiktiraf As-sunnah dan al-quran maka ia bersama kita. al-Jamaah kepada kesatuan islam dengan beriitiba' dengan as-sunnah serta aqidah islam yang sahihah maka ia adalah kebaikan yang sangat beruntung.

wallahu'alam


No comments:

Post a Comment