Powered By Blogger

Wednesday, January 19, 2011

Nasihat buat pendukung manhaj nubuwah

Assaamualaikum,

Berikut adalah nasihat yang ingin di ketengahkan. Semoga dengan ini kita semua dapat mendukung manhaj nubuwah ini dengan baik, atau lebih dekat lagi kita yang membawa risalah rasulullah SAW niat untuk berdakwah. Tidak kira dari segi apapun option kita biarlah ia semua di atas garisan as-sunnah . Adab dan akhlak itu satu kecuaian...

di dalam hadis sahih yang diriwayatkan sebahagian ulama' hadis dan disepakati kesahihannya. iaitu berkenaan hadis "agama itu nasihat"  berikut adalah:-

1.

عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه, أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ» قلنا: لمن؟ قال: «لله, ولكتابه, ولرسوله, لأئمة المسلمين وعامتهم». رواه مسلم

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (HR. Muslim)

Saya ingin tegur satu hal iaitu berkaitan nasihat sesama muslim, adapaun di kalangan kita berbeza manhaj dan firqoh, itu semua sekadar baju bukan sebagai tiket syurga yang mutlak, maka tidak perlu untuk bersangka buruk dan terus mencela muslim yang lain hanya kerana lain "baju". Bantahlah dan nasihat dengan cara yang baik...

Nasihat Untuk Kaum Muslimin.

Imam an-Nawawi menguraikan penjelasan tentang nasihat untuk kaum muslimin dengan perkataannya, “Memberikan petunjuk kepada mereka terhadap hal-hal yang membawa kebaikan dalam perkara duniawi dan ukhrawi. Tidak menyakiti mereka. Mengajari hal-hal agama yang belum mereka ketahui. Membantu mereka dengan perkataan dan perbuatan. Menutupi aurat dan kekurangan mereka. Melindungi mereka dari marabahaya, serta berusaha mendatangkan manfaat. Menyuruh mereka terhadap kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dengan lemah lembut dan penuh keikhlasan. Menaruh belas kasihan kepada mereka. Menghormati yang tua dan menyayangi yang muda. Menyampaikan nasihat yang baik kepada mereka, juga tidak iri atau menipu mereka. Senang mendatangkan kebaikan untuk mereka, sebagaimana kita senang mendatangkannya untuk diri sendiri, juga membenci tertimpanya mereka dengan keburukan, sebagaimana kita benci jika kita tertimpa keburukan. Melindungi harta, kehormatan serta keadaan mereka yang lain dengan ucapan dan perkataan kita. Menghasung mereka untuk berakhlak dengan hal-hal yang telah kita sebutkan. Menggugah semangat mereka untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Sampai-sampai sebagian salaf rela mengorbankan kepentingan duniawinya, demi tersampaikannya nasihat kepada kaum muslimin.” (Syarh Shahih Muslim, I/239)


2.    Bantah/kritik sesuatu pandangan itu dengan cara hikmah dan NASIHAT dengan cara baik, saranan ini terdapat di dalam banyak hadis juga diperintahkan oleh Allah SWT kepada ummat sekalian. Jika disiplin membantah dapat di lunaskan maka tiada masalah bagi kita untuk berfikir panjang untuk selesaikan pergaduhan atau apa yang sewaktu dengannya.

di dalam surah an-nahl ayat 125

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk."


3.     Panggil nama muslim yang lain dengan panggilan yang baik kerana panggilan buruk kita kepada orang lain akan mencetuskan lagi perselisihan yang besar dan akhirnya berpecah dan bergaduh dengan lebih parah, caci mencaci, kutuk mengutuk walhal di majlis ilmu pun saling mengumpat keburukan (tiada berkepentingan).

Allah telah berfirman dalam surah al-hujurat ayat ke 11...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلا تَنَابَزُوا بِالألْقَابِ بِئْسَ الاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. "


Demikian ini sahaja ingin di utarakan, nasihat yang di nukil adalah realiti berlaku di persekitaran dan dalam pentas dakwah pun. Semoga dengan ini, harap para pendakwah dapat mendukung manhaj nubuwah ini dengan disiplin-disiplin yang ditekankan di dalam as-sunnah. Istiqomah selalu...   Wallahu'alam 


No comments:

Post a Comment