Powered By Blogger

Wednesday, January 19, 2011

Wanita perlu bersyukur

Assalamualaikum,

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له  ونشهد أن محمدا عبده ورسوله


Drama di stesen Television dipenuhi dengan cerita-cerita kerusakan rumahtangga, sang isteri melontarkan kata putus untuk bercerai dengan suaminya tanpa segan silu, tambahan pula makian dan celaan pada suami mereka itu dianggap seperti ibarat "kakak memarahi abangnya". Implikasi daripada drama-drama Tv ini mula mempengaruhi isteri-isteri di luar untuk berkelakuan sama seperti tadi. Apabila sebuah institut kekeluargaan itu tidak diberi penekanan agama islam yang awal maka rumah tangga yang dibina sangat kurang ciri-ciri keharmonian dan kesejahteraan. Mengapakah berlakunya perselisihan Isteri kepada suaminya?  adakah kerana kurang didikan agama?  walhal baru-baru ni juga ada isteri-isteri yang nampak seperti soleh dan teguh dalam agama diceraikan suami.  Maka kita dapat meneliti apa yang menjadi puncanya sang isteri sering meminta cerai dan merengek malah menyusahkan suami adalah kurangnya ditekankan pengertian 'qanaah' iaitu bermaksud mencukupi.

Tentang hal ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

Aku melihat ke dalam Surga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)

sambungan daripada hadis di atas

“ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Shahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam?” Beliau shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab : “Karena kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) niscaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma)

“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR. Nasa’i di dalam Al Kubra dari Abdullah bin ‘Amr. Lihat Al Insyirah fi Adabin Nikah halaman 76)

Namun ada juga sang isteri melontarkan ayat "CERAIKAN AKU!!" dengan tanpa sebab, akal yang cetek lagi dangkal.. Mengapa bertindak cetek demikian sebelum memikirkan azab di akhirat?

“Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’i, pent.) maka haram baginya wangi Surga. (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi serta selain keduanya. Lihat Al Insyirah fi Adabin Nikah halaman 85)

Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Sesungguhnya penduduk surga yang paling sedikit adalah wanita.”(HR. Muslim dan Ahmad)

Imam Qurthubi rahimahullah mengomentari hadits di atas dengan pernyataannya :

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Surga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat karena kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum pria dari akhirat dikarenakan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369)

Maka wanita di luar sepatutnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada hadis-hadis yang di atas. Bersyukurlah apa yang tersedia dan apa yang suamimu buat kebaikan kepadamu! Syurga menantimu sekiranya kamu beramal baik kepada Allah, Rasul dan suami!. 


CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH DAN WANITA SOLEHAH DIJAGA ALLAH

Siapa yang tidak berkeinginan menjadi wanita solehah? semuanya hendak, cuma satu penghalangnya iaitu 'nafsu' perempuan. Maka perisai bagi ini adalah iman dan taqwa kepada Allah, jadilah wanita solehah yang taat pada Allah, Rasul dan suami..  tidak rugi jika menurutinya, apakah dunia hendak dibandingkan akhirat wahai wanita? sudikah kamu menjadi bidadari menawan di syurga kelak? sekiranya sudi jadilah wanita yang bertaqwa dan beriman sepenuhnya. Kerana tanggungjawan seorang wanita hanyalah

1.taat perintah Allah
2.taat suruhan Rasul dan hindari apa yang dilarangnya
3.taat suami selagi mana ia tidak menyuruh kepada kefasikkan, kesyirikan dan berbuat dosa.

sekiranya dapat dipenuhi ketiga-tiga syarat di atas, Allah menjemputmu ke pintu syurga..masuklah pintu mana kamu sukai

sepertimana hadis Nabi yang berbunyi:

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)

dan amat tertarik tentang hadis yang lagi satu mengenai antara ciri-ciri wanita solehah

 Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

Sudikah wanita?. segeralah berbuat amal kebaikan yang selari dengan tuntutan syarak! segeralah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan suamimu bila di akhirat!.

Justeru itu, para akhwat di luar perlulah menanamkan ketaqwaan diri pada Allah, mengimani rasulullah dan taat suami serta bersifat 'qanaah' sepanjang masa. Kerana ilmu agama yang kamu pelajari bukan disemat di dada 24jam sahaja, bila masakah kamu perlu mempraktikkannya? 

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? (al-Baqarah ayat 44)

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment